Skuad B-19 Negara Sahkan Tempat Ke Piala Asia B-19 Selepas Muncul 5 Pasukan Naib Juara Terbaik
Skuad bola sepak bawah 19 tahun negara (B19) akhirnya lega apabila salah satu slot ke pusingan akhir Kejuaraan B19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Indonesia menjadi milik mereka selepas muncul lima pasukan naib juara yang terbaik dalam kempen pusingan kelayakkan yang berakhir malam tadi.
Pasukan negara yang dibimbing jurulatih import, Bojan Hodak sememangnya mengharapkan keajaiban berlaku selepas aksi terakhir mereka menentang Korea Selatas dalam saingan kelayakkan Kumpulan F berakhir dengan kekalahan yang menyaksikan mereka muncul sebagai naib juara kumpulan dengan mengumpul tiga mata.
Perubahan format pertandingan menyaksikan hanya kemenangan 4-1 ke atas skuad Indonesia diambil kira walaupun skuad negara beraksi baik sebelum ini dengan menewaskan Timur Leste (3-1) dan Brunei (1-0).
Kejayaan melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan berprestij untuk peringkat umur di Asia itu turut dibantu dengan kegagalan Yaman untuk menundukkan skuad muda Arab Saudi apabila tewas 1 - 2 kepada pasukan gergasi Asia itu yang berlangsung di Stadium Putera Mohd Fahad, Arab Saudi.
Walaupun ketinggalan pada awalnya, kebangkitan dramatik yang dipamerkan Arab Saudi membolehkan mereka muncul sebagai Juara Kumpulan D sekaligus menutup terus peluang Yaman untuk layak ke pusingan akhir.
Dengan berakhirnya kempen kelayakkan tersebut, kini lengkaplah 16 pasukan untuk beraksi di Pusingan Akhir selepas Indonesia mengesahkan tempat lebih awal selaku tuan rumah yang bakal membuka cabaran pada September tahun depan.
16 pasukan tersebut adalah Juara Kumpulan A - J iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tajikistan, Qatar, Arab Saudi, Jordan, Korea Selatan, China, Vietnam, Jepun dan Australia. Manakala lima pasukan naib juara terbaik adalah Iraq, Thailand, Korea Utara, Taiwan dan Malaysia.
Kejayaan skuad B19 negara ini sememangnya satu lagi berita gembira buat dunia sukan bola sepak tanah air kerana sebelum ini dua lagi skuad peringkat umur turut melayakkan diri ke pusiangan akhir pertandingan Piala Asia di bawah AFC.
Skuad B23 bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan beraksi di pusingan akhir AFC B23 di China, manakala skuad B16 bimbingan Lim Teong Kim akan beraksi di pusingan akhir AFC B16 di Malaysia selaku tuan rumah.
Dengan prestasi pasukan senior yang semakin suram terutamanya dalam kempen kelayakkan Piala Asia dengan hanya mengumpul 1 mata dalam saingan Kumpulan B, prestasi memberansangkan skuad 'adik' ini sedikit sebanyak memberikan kebanggaan buat peminat-peminat sejati bola sepak tanah air yang mengharapkan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan digeruni setidak-tidaknya di peringkat Asia.
Sumber : myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zIReAM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment