#DUNSarawak: Peranan RECODA Akan Ditambah Baik Selari Pembangunan Pesat SCORE
KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Ia dibentangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selepas dibahaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Menurut Awang Tengah, RUU tersebut diperkenalkan untuk meminda Ordinan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah sedia ada yang diluluskan pada 2006 bagi mewujudkan koridor wilayah dan menubuhkan lembaga khas koridor melibatkan peranan serta fungsinya.
"Ordinan ini mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2008 dengan penubuhan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah dikenali RECODA untuk memperkasa pembangunan Koridor Tenaga Dipetbaharui Sarawak (SCORE).
"SCORE merupakan salah satu daripada lima koridor pembangunan ekonomi inisiatif kerajaan persekutuan sebagai sebahagian usaha memacu perkembangan ekonomi menerusi bidang ekonomi berpendapatan tinggi," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Beliau menjelaskan, pindaan Ordinan RECODA adalah untuk mengukuhkan lembaga tersebut dalam perancangan dan pelaksanaan projek.
"Biarpun mempunyai dua timbalan pengerusi, buat masa ini dua ahli Lembaga RECODA merupakan Timbalan Ketua Menteri yang dilantik Pengerusi HDA dan URDA manakala seorang lagi ahli lembaga sebagai Pengerusi NRDA," ujarnya.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zo8Lh8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment