Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergi Konsert Naik Basikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergi Konsert Naik Basikal

Masalah terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan mencari pakir kereta yang sering dialami kebanyakan peminat yang gemar ke konsert KPop mahupun artis antarabangsa kini boleh di atasi dengan menggunakan basikal untuk ke stadium.

Penganjur konsert Asia yang ternama, IME Group, telah mengadakan kerjasama dengan oBike iaitu pengendali kongsi-basikal tanpa stesen yang pertama dilancarkan di Malaysia.

Para peminat boleh menggunakan perkhidmatan basikal-basikal oBike sebagai pengangkutan mudah ke acara-acara IME Productions pada masa akan datang.

“Kami sungguh teruja dengan pengalaman menarik yang bakal dinikmati oleh para peminat melalui perjanjian ini

“kami mengalu-alukan oBike sebagai rakan usaha sama kerana mereka merupakan pengendali kongsi-basikal yang terkemuka di rantau Asia dan kehadiran mereka di pasaran-pasaran di mana konsert-konsert kami bakal berlangsung menjadikan mereka sebagai pilihan utama kami,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IME, Brian Chow.

Kerjasama strategik ini akan membolehkan para peminat iME menghayati sepenuhnya pengalaman konsert tanpa perlu lagi bimbang mengenai masalah pengangkutan dan
sekaligus mengurangkan kekecewaan yang sering mereka hadapi disebabkan oleh situasi lalu lintas.

Di samping itu, pihak berkuasa perbandaran dan kerajaan juga sedang berusaha untuk mengatasi perubahan iklim dan perkongsian ini bakal membantu penonton konsert mengurangkan jejak karbon mereka.

..

Bermula dengan Siri Jelajah Dunia G.E.M. di Kuala Lumpur pada 18 November, oBike akan menempatkan basikal-basikal untuk kegunaan bersama berdekatan dan di lokasi-lokasi konsert IME di sekitar Singapura, Malaysia, Thailand dan Taiwan.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan oBike, layari https://o.bike/. App oBike atau App Store dan Google Play.

The post Pergi Konsert Naik Basikal appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iJ4f2f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.