Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan Harapan Belum Muktamadkan Pembahagian Kerusi Di Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan Harapan Belum Muktamadkan Pembahagian Kerusi Di Johor

MUAR – Pakatan harapan masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) antara parti komponennya di negeri ini.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu hampir selesai dan bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Ada perkara yang belum diputuskan majlis presiden (pakatan harapan) pusat dan akan kami segerakan (muktamadkan pembahagian kerusi),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pakatan Harapan Negeri Johor di Pagoh di sini hari ini.

Ditanya tentang kriteria memilih parti mana untuk bertanding bagi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, beliau berkata kebolehan parti untuk menang kerusi terlibat diletakkan sebagai kriteria utama untuk pakatan itu.

Bagaimanapun katanya faktor calon boleh menang juga menjadi fokus utama, malah pakatan harapan akan meletakkan calon boleh menang di setiap kerusi yang akan ditandinginya pada PRU14.

“Tidak kira parti mana, kami mahu calon letak calon berkelayakan terbaik yang diterima pengundi, apapun masalah yang dihadapi itu (pembahagian kerusi dan pemilihan calon) kami selesai muafakat dalamkalangan parti,” katanya.

Beliau berkata pakatan harapan akan memberi laluan untuk calon muda pada PRU14, namun dalam masa sama menegaskan perlunya calon berpengalaman untuk memastikan pakatan itu seimbang dan kukuh bagi melaksanakan amanah rakyat. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yluaE1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.