Hi! Welcome Back and Stay Tune! Musang King jadi fenomena di China, 150 ribu orang sanggup datang semata-mata nak merasa seulas durian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Musang King jadi fenomena di China, 150 ribu orang sanggup datang semata-mata nak merasa seulas durian

KUALA LUMPUR: Durian Malaysia terutama ‘Musang King‘ mendapat sambutan luar biasa di China apabila lebih 150,000 rakyat negara itu mengunjungi Festival Durian Malaysia 2017 (MDF2017) di Nanning, baru-baru ini,  kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sungguhpun eksport ‘raja buah’  itu ke China masih lagi kecil, ia menunjukkan potensi yang besar dan boleh dijadikan sumber kekayaan baharu negara.

“Penganjuran festival durian di Nanning baru-baru ini berjaya menarik lebih 150,000 pengunjung yang datang  semata-mata untuk merasa seulas durian kita  dan ia dianggap suatu fenomena.

“Namun, pengeksportan durian ke China masih lagi di peringkat yang rendah. Kalau dilihat paten eksport ke China pada 2015 adalah sekitar RM23  juta berbanding RM18 juta pada tahun lepas, ia adalah kecil berbanding keseluruhan jumlah eksportsekitar RM74 juta,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

 

Musang King jadi fenomena di China, 150 ribu orang sanggup datang semata-mata nak merasa seulas durian

Musang King jadi fenomena di China, 150 ribu orang sanggup datang semata-mata nak merasa seulas durian

Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai status terkini pengeksportan durian ke negara China dan kesan kepada industri serta pekebun durian tempatan.

Penganjuran festival tersebut merupakan inisiatif proaktif serta faktor daya tolak untuk mempercepat kelulusan laluan pasaran ke China.

“Kita sedang berusaha mendapatkan kelulusan pihak berkuasa China bagi pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji berikutan permintaan yang semakin meningkat di negara itu,” katanya.

Ahmad Shabery berkata pihaknya yakin  isu tersebut dapat diatasi dan jumlah durian yang dieksport akan meningkat pada masa akan datang.

Beliau berkata pengeksportan durian ke negara luar tidak boleh dilihat sebagai suatu yang negatif kerana ia mampu meningkatkan pendapatan pengusaha selain dapat mewujudkan pelbagai jenis pekerjaan baharu.- Bernama

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylSUfj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.