TPPA: Malaysia akan ikut konsensus
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, TPPA masih boleh direalisasikan tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).
"Bagi kita, kalau 11 negara ada keazaman untuk meneruskan tanpa Amerika, kita akan ikut sama.
"Kalau tidak, tiada maknanya bagi Malaysia akan menyertai perjanjian ini," jelasnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Ini kerana, menurut Ong, terdapat beberapa klausa yang Malaysia ingin keluarkan dari TPPA sekiranya AS tidak menyertainya dan tindakan ini memerlukan persetujuan dari baki 11 negara yang masih berunding.BACA: Trump ikrar tarik AS keluar dari TPPA pada hari pertama bertugas
BACA: Malaysia tidak terkejut pengumuman Trump keluar TPPA - Tok Pa
Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam menilai penyertaan Malaysia dalam TPPA tanpa AS, pertimbangan penting ialah kemungkinan Malaysia akan kehilangan peluang ekonomi sekiranya 10 negara lain memutuskan untuk meneruskan perjanjian tersebut.
Pada Januari tahun ini, AS mengeluarkan notifikasi penarikan diri dari TPPA, mengotakan janji pilihan rayanya pada 2016.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AtIZFQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment