Hi! Welcome Back and Stay Tune! ARMADA tak ada dalam perlembagaan PPBM - ROS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ARMADA tak ada dalam perlembagaan PPBM - ROS

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mendapati sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinamakan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) tidak ada dalam perlembagaan parti itu.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, berkata justeru penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan parti adalah berat yang membolehkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sehingga kini, pihaknya belum meluluskan pindaan Perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah 'ARMADA' untuk jawatankuasa Pemuda PPBM.

"Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

"Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan. Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini ROS menerima aduan daripada beberapa ahli PPBM mengenai beberapa ahli ARMADA yang dipecat.

"Terdapat juga aduan lain daripada ahli yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana Mesyuarat Agung sehingga kini belum dilaksanakan.

"ROS sudah memulakan siasatan sebaik sahaja aduan terbabit diterima.

"Aduan yang diterima adalah mengenai isu urus tadbir parti yang tidak berlandaskan perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Isnin lalu, bekas penggerak penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan ahli dari lima bahagian di Negeri Sembilan, membuat laporan kepada ROS mendakwa pemimpin mereka gagal mematuhi perlembagaan parti.

Bekas Setiausaha Pendaftar PPBM Negeri Sembilan, Abdul Rasid Mohamed, berkata ahli dan penggerak awal PPBM menggesa kepemimpinan tertinggi parti segera mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta akur dengan perlembagaan parti.

Penghujung Oktober lalu, lapan bahagian PPBM Johor juga mengambil tindakan sama berhubung masalah kepimpinan tertinggi parti itu yang didakwa tidak mematuhi perlembagaan berhubung AGM, audit penyata kewangan dan pengiktirafan status pimpinan.



Sumber ARMADA tak ada dalam perlembagaan PPBM - ROS

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2An9VGk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.