Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bantuan RM500 kepada mangsa banjir Pulau Pinang - Guan Eng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bantuan RM500 kepada mangsa banjir Pulau Pinang - Guan Eng

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan diberikan secara sekali bayar (one-off) kepada mangsa bencana banjir di negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta yang akan disalurkan kepada kira-kira 100,000 isi rumah yang terjejas akibat bencana itu.

Katanya, bantuan tersebut tidak termasuk wang derma yang diterima kerajaan negeri menerusi sumbangan orang ramai, badan berkanun dan pihak lain.

Pada masa sama, Guan Eng berkata pihak yang ingin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir boleh berbuat demikian dengan dialamatkan kepada Pegawai Kewangan  Negeri atau Bendahari.

Guan Eng berkata demikian semasa menyampaikan ucapan khas di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pada Khamis.

Dalam ucapannya itu, Guan Eng turut mengumumkan pelancaran “Pulau Pinang Bangkit” dengan dana RM100 juta  bertujuan membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca banjir dan tanah runtuh yang disifatkan terburuk dalam sejarah negeri itu.

“Kita akan laksanakan program pasca bajir dan keutamaan kita adalah untuk memulihkan mangsa banjir untuk pulang ke rumah dan bantu mereka kembali menjalani rutin harian,” kata Guan Eng.

Bencana banjir yang berlaku pada 4 November lalu meliputi sebahagian besar kawasan di Pulau Pinang mengakibatkan ribuan penduduknya terjejas.

Ujar Guan Eng, melalui program ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengecualikan surcaj konvergensi bagi satu kitaran, kepada semua pengguna selama dua bulan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus kepada semua jenis hartanah di Pulau Pinang yang melibatkan kos RM40 juta.

Di samping itu, dokumen kerajaan yang rosak akibat banjir akan digantikan secara percuma.

Jelas Guan Eng, program “Pulau Pinang Bangkit” dijangka akan dilancarkan pada Sabtu dan Ahad ini dan kerajaan negeri mengalu-alukan semua sukarelawan agar dapat bersama-sama  menghulurkan bantuan.

Jelas beliau, pemimpin DAP tidak dapat turut serta pada program itu berikutan terpaksa  menghadiri pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu di Selangor.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yKG9is

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.