‘Elakkan Ubat Hospital, Boleh Rosak Buah Pinggang’ – Pengasas Jamu Diselar Pakar Buah Pinggang
Apabila seseorang yang tidak berkelulusan dalam sesuatu bidang membuat kenyataan dalam disiplin ilmu yang bukan bidangnya, sudah tentu akan ada kesilapan dan kredibilitinya akan dipersoal. Apatah lagi jika berkait dengan bidang perubatan dan sains yang boleh memberi kesan besar dalam jangka masa panjang.
Seorang pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah menyangkal dakwaan pengasas jamu terkenal bahawa darah tinggi berpunca dari kekurangan oksigen dan menyarankan tidak mengambil ubat hospital untuk merawat penyakit itu.
Dalam video yang dipos pengasas jamu dan jenama kosmetik terkenal itu, dia mendakwa buah markisa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan antaranya untuk menurunkan bacaan kencing manis, kolesterol tinggi dan darah tinggi.
Wanita itu menyarankan pengikutnya tidak mengambil ubat-ubatan hospital kerana boleh menyebabkan buah pinggang rosak jika diambil terlalu lama. Dakwanya lagi, memakan buah markisa adalah petua dalam keluarganya untuk memulihkan penyakit-penyakit berkenaan dengan cepat dan berkesan.
sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ztAtXe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment