Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kren Tumbang Di Tapak Pembinaan Dekat Kampung Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kren Tumbang Di Tapak Pembinaan Dekat Kampung Baru

KUALA LUMPUR – Seorang wanita cedera ketika melarikan diri dalam kejadian sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Muda Musa di sini tumbang yang turut menyaksikan dua kenderaan terjejas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira 1 tengah hari.

Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk mengenal pasti punca kren itu tumbang.

Sementara itu, saksi kejadian Zukri Che Hussien, 57, berkata keretanya dihempap tali kabel kren ketika dia sedang memandu melalui jalan tersebut untuk ke masjid.

“Saya sedang memandu kereta dan secara tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi hentakan yang kuat darip atas bumbung kereta.

“Lalu saya keluar melihat bumbung kereta remuk termasuk cermin depan pecah. Alhamdulillah… saya hanya mengalami cedera ringan sahaja,” katanya.

Ketua Kampung Hujung Pasir, Ahmad Kamaruzaman Yaacob, 48, berkata ketika kren itu jatuh, tali kabel kren berkenaan terpelanting terkena beberapa kereta di dalam tapak pembinaan.

“Waktu itu saya sedang minum bersama teman, tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat kren tumbang dan melihat tali kabel kren terkeluar di tapak pembinaan.

“Syukur, ketika kejadian itu tiada orang yang melalui jalan berkenanan ketika kren tumbang,” katanya.

Sementara itu, pemaju pembangunan hartanah dan pengurusan aset UDA Holdings Berhad dalam satu kenyataan, berkata ia telah mengambil langkah-langkah segera untuk memaklumkan kepada pihak-pihak terbabit dan menutup kawasan insiden berkenaan.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini dan maklumat lanjut akan diberikan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

“UDA Holdings kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengambil segala pendekatan yang perlu bagi mengelakkan kejadian seumpama daripada berlaku pada masa akan datang,” demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AuyvG9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.