Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resit Palsu, Kerajaan Rugi Puluhan Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resit Palsu, Kerajaan Rugi Puluhan Juta


MELAKA: Pemalsuan tuntutan resit rasmi Kastam (COR) dilakukan ejen syarikat pengimport dan pengeksport di negara ini mengakibatkan kerajaan kerugian kutipan hasil bernilai puluhan juta ringgit.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam turut mendakwa kerugian juga berpunca pembabitan 'orang dalam', termasuk pegawai agensi itu sendiri yang bersekongkol dengan ejen.

"Ada ejen memberi COR yang dipalsukan seperti resit asal dan kita hanya mengesan kegiatan itu selepas menjalankan siasatan dan audit beberapa tahun lalu.

"Kita juga sudah ada beberapa kes membabitkan ejen penghantaran ini menipu syarikat gergasi dan asing. Sebagai contoh, syarikat bayar kepada ejen RM3 juta, tetapi (ejen) dibayar kepada pihak kastam kurang daripada RM1 juta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Aplikasi Mudah Alih Tarif, Duty Finder, GST, MySMS dan MyUSSD sempena Konvensyen Inovatif dan Kreatif Ke-18 dan Anugerah Kecemerlangan Inovasi JKDM di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Bukit Baru, di sini.

Subromaniam berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan membabitkan dua kes yang sudah didakwa, manakala dua lagi sedang dalam siasatan.

Katanya, bagi mengelak masalah itu terus berleluasa, beberapa aplikasi yang dilancarkan termasuk Duty Finder akan membantu meningkatkan pungutan hasil dan sistem kecekapan perkhidmatan JKDM.

Sementara itu, Subromaniam menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan meningkat sekiranya sistem JKDM dipertingkatkan.

"Tidak akan ada perubahan (kadar) GST, tetapi kita tidak tahu berapa lama, ..terpulang kepada kerajaan.

"Biarlah ia (GST) stabil dulu kerana masih ada lagi isu seperti pematuhan," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zsKYdn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.