Hi! Welcome Back and Stay Tune! ARMADA Langgar Akta Pertubuhan-ROS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ARMADA Langgar Akta Pertubuhan-ROS

PUTRAJAYA- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinamakan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) tidak pernah wujud dalam perlembagaan parti itu.

Justeru, kata Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan parti adalah berat yang membolehkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surayati berkata sehingga kini, pihaknya belum meluluskan pindaan Perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah ‘ARMADA’ untuk jawatankuasa Pemuda PPBM.

“Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

“Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan. Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi, sebelumi ini ROS menerima aduan daripada beberapa ahli PPBM mengenai pemecatan beberapa ahli ARMADA.

“Terdapat juga aduan lain daripada ahli yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana Mesyuarat Agung sehingga kini belum dilaksanakan.

“ROS sudah memulakan siasatan sebaik sahaja aduan terbabit diterima.

“Aduan yang diterima adalah mengenai isu urus tadbir parti yang tidak berlandaskan perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AuyyBP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.