Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Kurang Bijak Bukan Sebab Malas Belajar, Tetapi Sebab Kurang Dapat Kasih Sayang Ibu Bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Kurang Bijak Bukan Sebab Malas Belajar, Tetapi Sebab Kurang Dapat Kasih Sayang Ibu Bapa


Membesarkan anak-anak merupakan cabaran yang besar untuk ibu bapa. Cara didikan yang diberi bakal menentukan masa depan anak-anak tersebut. Dengan pelbagai cabaran, seperti ibu bapa yang bekerja untuk mencari rezeki, diakui ada segelintir ibu bapa tidak dapat meluangkan masa yang berkualiti untuk anak-anak mereka sendiri.

Ada kalanya, anak-anak merasa ''jauh'' dengan ibu bapa mereka sendiri, kerana mungkin dari kecil dijaga dan mendapat kasih sayang oleh pengasuh, berbanding oleh oran tua sendiri. Tapi, tahukah anda, kasih sayang daripada ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sama ada daripada segi emosi, fizikal mahupun intelektual anak-anak?

Sebuah page, The Childhood telah berkongsi maklumat berguna yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah.

ANAK ANDA KURANG BIJAK BERBANDING KANAK-KANAK LAIN? MUNGKIN MEREKA KURANG KASIH SAYANG ANDA.

Semua orang yakin bahawa kasih sayang itu sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Tetapi adakah kita tahu bagaimana kasih sayang itu mampu membuatkan anak kita lebih bijak dan hebat?

Dan adakah bentuk kasih sayang yang kita berikan ketika ini bertepatan dengan makna kasih sayang yang positif. Kerana ada juga kasih sayang yang membawa kesan negatif sehingga menjadikan kanak-kanak terlalu manja sehingga tidak pandai berdikari dan tidak boleh ditegur.

Kasih sayang sangat terkait dengan kualiti hubungan dengan orang sekeliling dan juga sentuhan. Dua Faktor ini sangat penting untuk mewujudkan kasih sayang yang positif terhadap kanak.

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan beberapa kajian yang dijalankan bagi membukti kesan kasih sayang dengan orang sekeliling terhadap kanak-kanak

1) KASIH SAYANG MEMBANTU PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Kasih sayang membantu kanak-kanak untuk berkembang daripada sudut fizikal dengan lebih baik. Dalam satu kajian yang bertajuk ‘Growth failure In Institutionalized Children’ menerangkan bagaimana tekanan sosial dan gangguan emosi memberi kesan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak.

Dan perkembangan mereka meningkat apabila suasana sekeliling berubah terutamanya apabila mereka dijaga oleh keluarga angkat yang prihatin.

Dalam satu kajian yang lain terhadap bayi pramatang yang diberikan 15 minit ‘massage therapy’, 3 kali sehari selama 10 hari, mendapati berat meningkat sekitar 21- 47% lebih berbanding bayi yang hanya mendapatkan rawatan yang biasa.

(Science Direct link - http://ift.tt/2zpeXp2)

2) KASIH SAYANG MEMBUATKAN KANAK-KANAK LEBIH BIJAK

Kajian terhadap kanak-kanak berumur 3-10 tahun yang mempunyai rekod sejarah ‘familial neglect’. Neglect di sini bermaksud kegagalan memberi suasana yang dapat memenuhi perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak.

Dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai rekod pernah tinggal dimana-mana institusi penjagaan kanak-kanak dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai rekod ‘ Familial Neglect’.

Hasil kajian, kanak-kanak yang mempunyai rekod familial neglect dan pernah tinggal di institusi pengajaan kanak-kanak mempunyai skor yang lebih rendah dari segi faktor kognitif dan bahasa dan juga mempunyai beberapa masalah tingkah laku.

Dalam satu kajian yang lain kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang penyayang dan supportive mempunyai kemampuan yang lebih dan perkembangan otak kanak-kanak tersebut lebih baik.

Otak kanak-kanak yang diberi penjagaan yang baik mempunyai hippocampus yang lebih besar.
Hippocampus merupakan bahagian otak yang berfungsi untuk memproses memori dan emosi.

(Scientific Reasearch link - http://ift.tt/2zIMIT0)

3) KASIH SAYANG DAPAT MELINDUNGI KANAK-KANAK DARI SAKIT

Seperti yang kita katakan kasih sayang merupakan hubungan persekitaran yang dibina secara kukuh. Hubungan persekitaran yang baik dapat mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami stress dan murung.

Satu kajian yang bertajuk Loneliness, Social Network Size, and Immune Response to Influenza Vaccination in College Freshmen menunjukkan pelajar yang berada dalam keadaan kesunyian dan tidak mempunyai kawan yang ramai lebih terdedah kepada stress dan seterusnya mengakibatkan ‘antibody’ menjadi lemah. Antara faktor yang berkait akibat kesunyian adalah seperti tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti dan juga perubahan pada aras hormone cortisol.

Dalam satu kajian yang lain terhadap 404 orang dewasa yang sihat, didapati mereka yang mendapatkan lebih pelukan setiap hari dan social support yang kuat, kurang terdedah kepada penyakit.

Daripada kajian ini, dapat kita lihat kesan hubungan yang erat itu dengan kesihatan. Sekiranya orang dewasa pun memerlukan kasih sayang untuk sihat, inikan pula kanak-kanak.

(Wiley Online Library link - http://ift.tt/2zolW1J)

HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING ADALAH KUNCI KEBAHAGIAAN

Orang sekeliling yang dimaksudkan ini adalah ibu-bapa, adik beradik dan juga kawan kepada anak-anak kita.

Sekiranya ditanya kepada ibu-bapa, apa yang mereka mahukan untuk anak-anak mereka. Sudah pasti kebanyakan daripada mereka akan mengatakan “KEBAHAGIAN”.

Dalam satu kajian yang dikenali sebagai Harvard’s Grant Study, menyatakan kunci kepada kebahagian adalah hubungan dengan orang sekeliling.

(Harvard Gazzette link - http://ift.tt/2wKyC1v)

Hasil daripada kajian tersebut mendapati:

a) Semakin kuat hubungan seseorang itu dengan kawan, keluarga, dan masyarakat, semakin gembira dan sihat seseorang itu, dan jangka hayatnya lebih panjang.

b) Kesunyian akan membunuh – seseorang yang kurang berhubung dengan orang lain, kebahagiaan mereka berkurang, daya tahan tubuh badan terhadap penyakit juga berkurang, fungsi otak mereka juga akan menyusut dengan cepat, dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

c) Kualiti hubungan lebih penting daripada jumlah kawan atau kuantiti hubungan yang kita bina.

MASIH BELUM TERLAMBAT

Tidak ada istilah terlambat untuk menunjukkan dan memberi kasih sayang. Kanak-kanak bukan orang dewasa yang mampu menafsirkan kasih sayang kita sekadar lihat kita penat bekerja atau berpenat lelah menjaga mereka.

Mereka memerlukan kasih sayang yang fizikal yang kita tunjukkan secara jelas seperti memeluk mereka, memuji, mencium, menyatakan kita sayang mereka secara lisan, dan meluangkan masa bersama mereka.

Usia kanak-kanak hanya sekali untuk mereka, maka gunakanlah masa yang ada itu dengan sebaik mungkin dalam memberikan kasih sayang.

(Sage Journal link - http://ift.tt/2zoWVmL)

Sumber : The Childhood



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zIZ4uc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.