Hi! Welcome Back and Stay Tune! HP ZBook x2 Memfokuskan Golongan Kreatif Akan Ke Malaysia Pada Januari 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HP ZBook x2 Memfokuskan Golongan Kreatif Akan Ke Malaysia Pada Januari 2018

Pada bulan lepas, HP telah memperkenalkan sebuah komputer berkuasa tinggi khusus untuk golongan kreatif, dinamakan HP ZBook x2. Kini, pada hari ini, HP Malaysia mengumumkan yang mana komputer ini akan hadir ke pasaran tempatan pada Januari 2018 kelak.

HP ZBook x2

HP ZBook x2 hadir dengan skrin sentuh 14-inci UHD dengan kadar pewarnaan 100% Adobe RGB, menggunakan cip Intel Core Gen-8, serta dilengkapi kad grafik NVIDIA Quadro M620, serta memori sehingga 32GB. Ia turut menawarkan pilihan storan sehingga 2TB SSD.

HP ZBook x2

Dengan penawaran spesifikasi tinggi ini, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan kreatif multimedia tanpa masalah – termasuk membuat penyuntingan video melalui Adobe Premier Pro, After Effect dan sebagainya.

Komputer ini menawarkan rekaan papan kekunci boleh ditanggalkan, selain sebuah tongkat yang boleh mendirikan ia untuk digunakan sebagai komputer. Pengguna turut boleh melaraskannya untuk menggunakan ia sebagai sebuah panel lakaran digital.

HP menyertakan sebuah stylus menggunakan teknologi Wacom bersama dengan komputer ini, yang mana mampu menawarkan input tekanan 4096 titik, dan tidak memerlukan bateri untuk berfungsi.

Pengguna turut boleh menggunakan sebuah dok khusus untuk menghubungkan ZBook x2 ke sehingga dua monitor 4K untuk tujuan produktiviti tambahan.

Buat masa ini, harga jualan untuk HP ZBook x2 masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam sebulan dua lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJXTLb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.