Hi! Welcome Back and Stay Tune! BiKUM bantu mangsa banjir Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BiKUM bantu mangsa banjir Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) menghantar lima pasukan perubatan ke Pulau Pinang bagi membantu memberikan rawatan percuma kepada mangsa banjir.

Pengerusinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata dianggarkan tidak kurang 6,000 keluarga mangsa akan dibantu dalam misi itu.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti kawasan sasaran.

Katanya BiKUM Medic Team bersama Biro Kebajikan Pulau Pinang akan mengagihkan bantuan kit keperluan harian, selimut tebal serta sumbangan kepada pelajar dan mangsa banjir di kawasan terbabit.

"Ini adalah kali ketiga bantuan disampaikan secara rasmi kepada mangsa banjir, namun kali ini kita dengan misi pasca banjir lebih tertumpu terhadap kawasan yang memerlukan bantuan.

"Antaranya Kepala Batas, Permatang Pauh, Nibong Tebal, Bagan, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Balik Pulau, Jelutong dan beberapa kawasan lain.

"Jentera rakyat UMNO seramai 1,000 orang akan membantu mangsa dan menyerahkan sumbangan dari rumah ke rumah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Shamsul juga berkata sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik mahupun kaum.

"Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat dan kerajaan amat prihatin dengan situasi yang berlaku.

"Pada kesempatan ini juga perlu diingatkan kepada masyarakat untuk bersatu dan membantu antara satu sama lain.

"Kerajaan ikhlas membantu rakyat justeru elakkan menyebar maklumat tidak tepat kerana ia akan menyusahkan banyak pihak," katanya.

Medic Team BiKUM akan berlepas ke Pulau Pinang pada Ahad depan untuk melaksanakan misi selama tujuh hari.

Pengerusi Medic Team BiKUM, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata dalam tinjauannya ke kawasan bencana itu, pihaknya mengenal pasti risiko beberapa penyakit bawaan air yang mungkin mengancam mangsa.

"Kita membawa keperluan ubat-ubatan bagi merawat pesakit. Antara penyakit yang dikenal pasti juga seperti taun dan keracunan makanan.

"Ubat penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis juga disediakan kepada mangsa jika simpanan ubat mereka hanyut atau habis manakala klinik dinaiki air.

"Kami juga mempunyai pasukan psikologi untuk memberi kaunseling kepada mangsa yang trauma akibat kejadian," katanya.



Sumber BiKUM bantu mangsa banjir Pulau Pinang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hVe79C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.