Polis Syor Guna Dron Pantau Sempadan Negara
BUKIT KAYU HITAM – Polis akan mengesyorkan penggunaan teknologi baharu termasuk dron bagi tujuan kawalan sempadan di pintu-pintu masuk utama negara, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Zukilfi Abdullah.
Beliau berkata, ia bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan di sepanjang 646 kilometer meliputi sempadan dari Perlis ke Kelantan yang berada di bawah tanggungjawab polis ketika ini.
“Keberkesanan kita menjalankan dan menentukan kawalan di sempadan akan lebih baik kalau menggunakan teknologi baru seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan dron serta pelbagai lagi alat ‘pengawasan’ yang mampu memberi maklumat awal kepada petugas sekiranya ada pencerobohan berlaku,” katanya selepas melakukan lawatan ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat sini hari ini.
Penggunaan teknologi-teknologi baru, kata Zulkifli, mampu mengoptimumkan penugasan anggota dan pegawai di sempadan negara, selain membolehkan mereka bekerja secara lebih efisien dan sistematik.
Sehubungan itu katanya beliau akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri serta kementerian berkaitan mengenai cadangan berkenaan dalam tempoh terdekat ini, memandangkan ketika ini pihaknya turut mempunyai unit yang mengendalikan dron.
Zulkifli berkata, beliau akan turut mewujudkan hubungan baik dengan rakan sejawatnya di Selatan Thailand melalui pertemuan dan mesyuarat bersama, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak.
“Di pihak mereka (Selatan Thailand) juga ada masalah dengan berlakunya penyeludupan yang merugikan negara mereka, jadi kalau kita boleh bekerjasama dengan Thailand kita juga akan dapat hasil.
Kita juga memperkukuhkan bahagian risikan kita dengan wujudnya bahagian baru di Bukit Aman di bawah JKDNKA dan saya percaya dengan kekuatan risikan lebih baik dan maklumat kita terima ia mampu bantu tumpaskan penjenayah,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut memuji kejayaan anggota PGA yang bertugas di sempadan apabila jumlah rampasan oleh pasukan itu dari Januari sehingga Oktober tahun ini sahaja mencecah RM1.4 juta, meliputi pelbagai barangan termasuk daun ketum, senjata api, minuman keras dan tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yj4pnF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment