Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mawar, Raf sah suami isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mawar, Raf sah suami isteri

KUALA LUMPUR: Pelakon Mawar Rashid sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur di sini, pada jam 3.20 petang tadi.

Pasangan ini dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil dengan mas kahwin RM900.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Abdul Rashid, 22, turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala wang hantaran dirahsiakan. 

MAWAR Rashid sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, petang tadi. - Foto Mahzir Mat Isa

Pengantin perempuan yang anggun mengenakan busana perkahwinan berkonsepkan tradisional Jawa rekaan Cosry, tampak sepadan dengan pilihan hatinya itu yang juga adik kepada penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Majlis pernikahan diserikan kehadiran kira-kira 500 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.

Pada 7 Julai lalu, Mawar dan Raf bertunang di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara selepas keluarga Raf datang merisik, dua bulan terdahulu.

Bibit percintaan Mawar dengan duda anak dua itu bermula Januari lalu selepas diperkenalkan rakan baik mereka, Emma Maembong. 

Majlis resepsi pasangan mempelai itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini pada 1 Disember depan.

MAWAR Rashid sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, petang tadi. - Foto Mahzir Mat Isa



Sumber Mawar, Raf sah suami isteri

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2An7IuD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.