Hi! Welcome Back and Stay Tune! TN50 Dijangka Beri Fokus 6 Tema Utama - KJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TN50 Dijangka Beri Fokus 6 Tema Utama - KJ


KUALA LUMPUR: Enam tema utama, antaranya adil, global, penyatuan, kestabilan dan kebertanggungjawaban dijangka menjadi antara inti pati penting yang akan ditumpukan dalam pelaksanaan program Tranformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata biarpun laporan penuh berkenaan aspirasi belia TN50 siap Disember ini, namun pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh semua pihak, terutama belia banyak menjurus kepada topik berkenaan.

"Saya tidak mahu mendahului laporan itu, tetapi itu adalah lima atau enam tema yang banyak kita dengar daripada keseluruhan 80,000 aspirasi yang sudah dinyatakan (dikumpul) setakat ini.

"Kita juga sudah melihat semula kepada beberapa aspirasi dan kumpulkan mereka (cadangan aspirasi) dalam kluster tertentu. Itu antara tiga tema yang berulang dan menjadi asas kepada aspirasi keseluruhan belia Malaysia secara keseluruhannya menjelang 2050," katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Khairy menjayakan Sesi Dialog TN50 anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), bertajuk Bakat Muda Rangkaian Khazanah, Ke Arah Pembangunan Malaysia Yang Holistik; Membina Nilai Sejati, di Mercu UEM Group Berhad, di sini, hari ini.

Yang turut sama hadir, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar. Dialog itu turut dihadiri kira-kira 700 peserta majoritinya adalah golongan muda.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pada sesi kali ini, pelbagai cadangan dan aspirasi belia berjaya dikumpulkan dengan 31 aspirasi disuarakan sendiri oleh golongan itu pada sesi berkenaan.

"Sesi kali ini banyak menyentuh soal masa depan merangkumi pekerjaan, dan ada juga yang membangkitkan soal kualiti kehidupan dan cabaran memperoleh keperluan asas sama ada dalam bentuk pengangkutan awam dan pendidikan. Bagimana kita dapat merangka satu sistem pendidikan yang mampu berada di hadapan kelok teknologi.

"Saya kagum dengan semua dapatan aspirasi yang dinyatakan dan sudah pasti ia diharap mampu menjadi sebahagian yang penting dalam memperoleh input untuk menyediakan laporan penuh TN50 nanti," katanya.

Sementara itu, Azman menjelaskan, Khazanah kini sedang menumpukan kepada tiga komitmen menerusi Institut Kajian Khazanah (KRI) yang akan bekerjasama dengan sekretariat TN50 dalam melakukan kajian berkenaan gejala sosial.

"Seterusnya, Khazanah juga mempunyai rangkaiannya yang memiliki banyak 'touch point', Mengenai TN50 ini, kita akan tambah lagi 'touch point' berkenaan maklumat dan hebahan TN50 sama ada di lebuh raya dan kawasan strategik menerusi platform kami sendiri seperti AXIATA.

"Ketiga, komitmen berkenaan program berimpak tinggi yang kita difahamkan ketika ini berada dalam peringkat pelaksanaan (oleh kerajaan). Kami sedia menjalankan tugas kami, antaranya diatas Taman Tugu, akan dibangunkan Institusi Khazanah ILMU, di mana ILMU itu adalah akronim lnnovation (inovasi); learning (pembejalaran); mentoring (mentor) dan unity (perpaduan)." katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2m91xs0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.