Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM2.31, Harga RON95 Paling Tinggi Sejak Diperkenalkan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM2.31, Harga RON95 Paling Tinggi Sejak Diperkenalkan?



Seperti biasa, setiap Rabu (semalam) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga pertol baharu bagi tempoh seminggu dan kali ini ia terus menunjukkan peningkatan bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

2 hingga 8 November 2017 menyaksikan peningkatan harga ketiga-tiga bahan api utama iaitu masing-masing sebanyak 4 sen.

Manakala bagi tempoh minggu ini, 9 hingga 15 November 2017 pula menyaksikan RON95 naik sebanyak tujuh sen menjadikan harga RM2.31 seliter berbanding harga sebelum RM2.2, sementara RON97 naik 6 sen daripada RM2.54 seliter kepada RM2.60 dan diesel naik 3 sen daripada RM2.17 seliter kepada RM2.20.

Pengumuman harga baharu RON95 yang berkuat kuasa tengah malam tadi juga sekaligus menyaksikan ia sebagai kenaikan tertinggi sejak pengenalan sistem harga minyak mingguan yang bermula April lalu, dan paling tinggi sejak RON95 mula diperkenalkan pada September 2009, iaitu hampir lapan tahun lalu.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini memaklumkan bahawa kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga runcit petrol dan diesel dikuat kuasakan bermula April, menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan.

Mekanisme itu menurut Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dapat mengelakkan perubahan ketara kepada harga runcit petrol dan diesel berbanding pengiraan secara bulanan, lapor media.

Tetapi, pengumuman yang dibuat petang Rabu (semalam) menunjukkan peningkatan yang ketara apabila RON95 dijual pada harga runcit paling tinggi setakat ini - RM2.31.

Semakan Malaysia Digest, sebelum pengumuman semalam dibuat, RON95 pernah mencatatkan harga runcit tertinggi iaitu pada Oktober dan November 2014, RM2.30 selepas mengalami kenaikan sebanyak 20 sen berbanding harga pada September 2014 (RM2.10).

Sementara kali terakhir harga runcit tersebut sekali lagi mencatatkan harga RM2.30 adalah pada 1 Mac 2017, iaitu sebulan sebelum sistem harga runcit mingguan dilaksanakan.

Jadual di bawah memaparkan perincian dan perbandingan harga sejak RON95 diperkenalkan, harga tertinggi sebelum sistem mingguan diperkenalkan dan harga rasmi jualan runcit yang tertinggi berdasarkan sistem mingguan.



Untuk harga mingguan secara lebih terperinci boleh rujuk jadual di bawah:


Memetik laporan Reuters, harga minyak mentah mencapai paras tertinggi sepanjang tempoh dua tahun, namun susut semalam (Rabu) berikutan peniaga mengambil keuntungan daripada kenaikan harga sepanjang tempoh tersebut.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, kontrak penanda aras antarabangsa bagi harga minyak berada pada AS$63.61 setong pada 0243 GMT, susut 8 sen atau 0.1 peratus.

Namun, Brent masih hampir dengan paras tertinggi dua tahun setengah, AS$64.65 setong yang dicapai awal minggu ini.

Ketegangan yang berlaku di Asia Barat berkemungkinan mempengaruhi harga pasaran minyak dunia, yang sekaligus memperlihatkan sesi dagangan berhati-hati, lapor Reuters.

Sementara The Guardian melaporkan, harga minyak mencapai tahap tertinggi sejak Julai 2015 selepas putera mahkota Arab Saudi meningkatkan kuasanya di dalam kerajaan dengan melancarkan pembersihan anti-rasuah.

Penganalisis berkata, ketidakpastian yang terhasil adalah kerana tindakan bakal raja baharu yang menyebabkan petanda aras antarabangsa Brent melonjak kepada lebih daripada AS$62 setong, berbanding dengan harga sekitar AS$50 setong pada separuh pertama tahun ini.

"Peningkatan harga adalah reaksi terhadap ketidakpastian daripada Arab Saudi," kata ketua eksekutif Sun Global Investments, Mihir Kapadi memetik agensi berita tersebut.

Selain faktor harga minyak dunia, di Malaysia harga runcit produk petroleum dilaporkan ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM), yang mana harga bahan api tersebut adalah berdasarkan harga minyak yang diproses atau ditapis.

“Harga produk petroleum di peringkat runcit tidak berkait secara langsung dengan harga minyak mentah. Ini kerana harga runcit berkait rapat dengan harga produk yang telah ditapis, dan harga produk yang ditapis ini berbeza bagi produk-produk yang berlainan,” kata Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dipetik dalam satu artikel yang disiarkan portal NST pada Januari 2016.

- mD

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zplhNm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.