DAP Tidak Serius Mensejahterakan Rakyat Sarawak
Setiapkali persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, sudah pasti usul perdebatan daripada pihak pembangkang terutama DAP Sarawak yang akan dinantikan oleh pihak media mahupun rakyat keseluruhan.
Namun setiapkali akan disajikan dengan debat pembangkang yang tidak mendapat manfaat untuk rakyat malah pembangkang lebih gemar bermain politik ketika bersidang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol hari ini berkata, usul yang didebat di DUN seharusnya mendapat sokongan daripada semua wakil rakyat termasuk daripada pembangkang supaya ianya memberi manfaat dan berkepentingan untuk rakyat.
Namun katanya, pembangkang seperti DAP Sarawak yang dikepalai oleh ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen gemar bermain politik tanpa memberi pandangan bernas untuk kepentingan rakyat.
Malah Chong yang cuba bermain politik dengan menuduh ADUN Barisan Nasional (BN) Sarawak membawa budaya UMNO ke dalam dewan.
Kenyataan tersebut telah dibidas oleh Abdullah dengan berkata “tiada parti UMNO di Sarawak”.
Sebaliknya menurut Abdullah, Chong yang pada hakikatnya membawa budaya DAP ke dalam dewan dan sepatutnya DAP sebuah parti yang berasal dari Malaya seharusnya tidak wujud di Sarawak.
“Ini kerana budaya DAP tidak sihat untuk politik Sarawak kerana DAP tidak akan membantu kerajaan dalam mensejahterakan rakyat,” tegasnya
Beliau berkata, sepatutnya dewan yang mulia dijadikan medium untuk mengusul dan memberi pandangan yang akan membina pembangunan rakyat dalam pelbagai bidang dan bukan bermain politik sepanjang masa. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hWkh9x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment