Ahmad Zahid membayangkan PRU14 diadakan tahun depan
Ketika memberikan bayangan mengenai perkara itu semasa merasmikan Persidangan ke-46 Perwakilan Nasional Gerakan di Menara PGRM di sini, Ahmad Zahid mahu anggota parti itu supaya mempersiapkan jentera pilihan raya mereka bagi menghadapi pilihan raya.
"Kita berusaha dengan sebaik-baiknya dan saya yakin dalam PRU14 pada tahun hadapan, jika bekerja kuat, kita memperkasa jentera pilihan raya untuk memberi kemenangan kepada BN di seluruh negara," katanya.
Katanya walaupun tarikh masih belum diberikan, PRU14 akan diadakan dalam tempoh 180 hari akan datang dan setiap anggota parti perlu bersiap siaga untuk menghadapinya."Sesiapa yang mengatakan bahawa pilihan raya akan diadakan melebihi 180 hari, mereka sudah sudah tidak lagi berhubung dengan realiti," katanya.
Sebelum ini, pilihan raya diramalkan akan diadakan menjelang akhir tahun ini, namun pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan pada Mac atau April tahun depan, selepas perayaan Tahun Baharu Cina.
Pilihan raya yang ditunggu-tunggu itu mesti diadakan sebelum tempoh masa berakhir pada Ogos tahun depan, dengan tempoh masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.
Semasa PRU13, Barisan Nasional telah memenangi 133 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang di bawah Pakatan Harapan, memenangi 89 kerusi.
--BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AzWliW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment