“Saya harap bapa Zahirah jadi lelaki gentleman dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami” – Zul Ariffin
Pelakon Zul Ariffin mengakui, keliru dengan tindakan bapa kekasihnya, Zahirah Macwilson yang mengeluarkan kenyataan sinis di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi seolah-olah hubungan mereka tidak baik, baru-baru ini.
Zul berharap bapa Zahirah, pelakon dan bekas pembaca berita, Zainol Macwilson bersikap matang dan berterus terang sekiranya tidak merestui hubungan cinta mereka berdua daripada menggunakan media sosial sebagai medium.
“Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.
“Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.
“Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya,” katanya.
Meskipun Zainol menjelaskan, kenyataannya itu sekadar gurauan dan meminta netizen supaya tidak terlalu mengambil serius, impaknya tetap dirasai pelakon yang mula meledak selepas membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’.
Jejaka yang pernah diangkat Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-26 itu berkata, selama ini, beliau sengaja mengelak daripada menghadiri acara hiburan atau memuat naik gambar bersama Zahirah di laman sosial kerana ingin menjaga nama baik kekasihnya.
“Saya mahu orang luar memandang usaha keras Zahirah memperkenalkan bakat dan bukan menjaja kisah cinta. Saya bukan baru, sudah hampir 10 tahun dalam bidang ini. Jadi, saya sudah faham dengan permainan industri hiburan.
“Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini?,” kata Zul kebingungan.
Sumber: BH Online
Sumber “Saya harap bapa Zahirah jadi lelaki gentleman dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami” – Zul Ariffin
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zCK8uV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment