Lelaki baling sabut rumput terkena isteri sampai terima 7 jahitan gara-gara minta cerai diburu
Polis sedang memburu seorang buruh binaan yang membaling sebilah sabit rumput sehingga terkena isterinya menyebabkan mangsa menerima tujuh jahitan di bahagian kening dalam kejadian di Kampung Temalir, di sini Rabu lalu.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, suspek, Junaidi Yacab, 36, dipercayai melakukan perbuatan itu ketika berselisih faham dengan isterinya, Arnida Ab. Rahman, 35.
Ketua Polis daerah, Superintenden Abdullah Roning berkata, suspek mengamuk dan membaling sabit rumput ke arah wanita tersebut dan terkena bahagian kening kiri mangsa.
Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan teruk dan menerima tujuh jahitan di Hospital Kuala Krai.
“Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah juga mendakwa sering dipukul suaminya serta diugut bunuh apabila dia meminta cerai daripada suspek kira-kira dua bulan lepas. Bagaimanapun, mangsa tidak pernah membuat laporan polis.
“Namun, selepas terkena sabit rumput, mangsa tidak tahan lagi dengan perangai suaminya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai selain bercadang merujuk kes terbabit ke mahkamah syariah,” katanya di sini hari ini.
Abdullah memberitahu, sehingga kini pihak polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian tersebut.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan.
Sumber: Utusan Online
Sumber Lelaki baling sabut rumput terkena isteri sampai terima 7 jahitan gara-gara minta cerai diburu
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zuAqgt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment