'Biarkan Isteri Membebel, Kerana Itulah Terapi Jiwa Seorang Wanita'
Menurut Doktor Taufiq Razif, jika isteri mula bercerita/membebel, beri peluang dan fokus pada apa yang diluahkannya kerana itu akan membuatkan mereka rasa lebih lega. Hasilnya? Semoga bermanfaat.
ISTERI pulang saja dari kerja, saya akan matikan segala jenis bunyi-bunyian CD ataupun radio dan saya akan fokus 100% pada apa yang akan berlaku nanti.
Seperti yang dijangka, bila isteri masuk saja ke dalam kereta, dia akan mula bercerita.
"Ya Allah abang, banyaknyalah pesakit hari ini. Tak berhenti yang datang! Nak makan pun tak sempat ni bang, walaupun dah pukul lima petang.
"Ada pesakit yang datang nak suruh kita rawat dia, tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik, suka bagi makanan.
"Belum campur dengan penyakit budak yang muda-mudah dah kena kencing manis. Bila ditanya rupa-rupanya mak dia suka bagi minum air gas semasa kecil dulu. Tepuk dahi bang.
"Lepas itu kan bang.. bla... bla... bla... pastu kan, bla... bla... bla..."
Cerita ini akan berterusan sampailah wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-lahan menjadi tenang dan riang.
Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda itu nampak simple saja tetapi benda itulah sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.
Wanita tidak sama seperti lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar.
Wanita ini istimewa, mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya.
Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita sudah dapat membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan tersebarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumah tangga menjadi lebih bersinar dan bercahaya, serta anak-anak pun menjadi lebih tenang dan mendengar kata.
Sumber: Dr Taufiq Razif
Dan perkara ini juga telah berlaku pada zaman sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidina Umar Al-Khattab.
Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya.
Sehinggalah suami tidak lagi dapat menahan kesabaran mendengar leteran isteri saban hari, lalu si suami memarahi isterinya. Isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, berlakulah pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu hari, suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak bahagia lagi. Suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.
Setibanya dirumah Khalifah Umar Al-Khattab, suami mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau. Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.
Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama dan mengenangkan Khalifah Umar juga mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, suami membatalkan sahaja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.
Ketika suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”
Lalu suami tadi menjawab, “Tujuan saya kemari untuk mengadu hal isteriku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, saya batalkan saja hasrat itu.”
Mendengar jawapan dari suami itu, Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya.
Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?
Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama. Pasti akan pulih sendiri.”
Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
Wallahu a'lam.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iPJQbS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment