‘PAS DIJANGKA BERSAMA BN, LAWAN HARAPAN’
SHAH ALAM – DAP mendakwa, menjelang PRU14 nanti Pas akan bekerjasama dengan BN.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas yang menjadi rakan kuat Barisan Nasional (BN) kini, dijangka akan bekerjasama dengan kerajaan (BN) untuk menentang Pakatan Harapan.
“Senario untuk PRU14 yang akan datang adalah berbeza. Datuk Seri Anwar sekali lagi berada di dalam penjara, dan tidak boleh bertanding.
“Pas pula sekadar menjadi rakan de facto Umno dan BN; manakala BN semakin rancak bermain isu perkauman dan sentimen agama semata-mata mahu memenangi undi Melayu,” katanya dalam Kongres Khas DAP di IDCC, di sini hari ini.
Katanya lagi, matlamat BN adalah untuk memperlihatkan Pembangkang sebagai gabungan yang kononya diterajui DAP .
“Iaitu DAP digambarkan sebagai parti orang Cina semata-mata yang dianggap bahaya untuk orang Melayu,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, jika BN menang, skandal 1MDB akan kekal sebagai luka yang parah untuk rakyat Malaysia dan menyakiti kita dengan kerugian berpuluh bilion ringgit dalam masa mendatang ini.
Justeru katanya, PRU kali ini adalah di antara persaingan di antara rasa takut dan harapan.
“Pakatan Harapan perlu menawarkan harapan dan semangat solidariti serta muhibah kepada semua rakyat Malaysia di kala Umno dan BN sedang berusaha untuk memecahbelahkan kita semua.
“Kita perlu meyakinkan semua orang, sama ada Melayu atau bukan-Melayu, bahawa kita DAP bukanlah ancaman kepada sesiapa, malah kita akan membina negara yang kita cintai ini bersama dengan semua rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Guan Eng mengingatkan kerajaan dan sesiapa sahaja yang mahu bermain dengan api perkauman bahawa DAP adalah parti pelbagai kaum sejak ia ditubuhkan pada 1966.
” Kita tidak pernah berniat atau mahu menjadi parti berasaskan kaum. DAP akan terus memperjuangkan Impian Malaysia kerana ia adalah cita-cita yang diimpikan oleh ramai rakyat Malaysia.
Katanya lagi, kini DAP bersama Pakatan Harapan kerana sedar bahawa realiti politik di Malaysia tidak akan membolehkan mana-mana satu parti untuk memerintah negara.
“Ini adalah baik kerana ia membawa kita untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atas prinsip dan platform bersama,” katanya.
Dalam pada itu katanya, sudah terbukti musuh-musuh politik DAP akan memecahbelahkan perpaduan rakyat dengan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama semata-mata kerana mereka mahu memenangi PRU akan datang.
Katanya, peranan penting Pakatan Harapan adalah untuk membina Bangsa Malaysia yang berasaskan daya empati, saling hormat-menghormati dan percaya antara satu sama lain.
“Ini adalah perlu untuk melawan kebencian, perpecahan dan syak-wasangka yang ditabur oleh Umno dan BN,” katanya.
– Sinar Harian
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jhlknU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment