Hi! Welcome Back and Stay Tune! Larangan pekerja bertudung di kaunter depan hotel tidak wajar berlaku di Malaysia - Pas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Larangan pekerja bertudung di kaunter depan hotel tidak wajar berlaku di Malaysia - Pas

KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah hotel yang melarang pekerja wanita bertudung bekerja di kaunter depan (frontdesk) tidak seharusnya berlaku di negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan.

Malah Nasruddin menganggap larangan terhadap wanita muslimah memakai tudung sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah suatu tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam.

Ahli Parlimen Temerloh itu menegaskan beliau tidak pernah melihat larangan serupa ketika berada di luar negara.

"Umat Islam sendiri tidak bebas untuk mengamalkan ajaran Islam di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedang hotel-hotel tersebut beroperasi dalam negara ini.

"Memakai tudung diketahui kewajipannya oleh umum. Larangan sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk),

MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee menjelaskan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

BACA: Tarik balik lesen hotel larang wanita bertudung bekerja di kaunter depan - Nurul Izzah

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan MAH, Nasruddin menjelaskan Pas akan mengusahakan pertemuan dengan persatuan tersebut dan pihak lain yang terlibat bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Ini untuk menjelaskan perkara ini serta mengembalikan hak beramal dengan Islam kepada wanita muslimah yang bekerja di mana-mana sektor," katanya .

Nasruddin turut membandingkan isu larangan tersebut dengan isu sebuah kedai dobi "hanya untuk muslim sahaja" yang mendapat perhatian banyak pihak.

Isu kedai dobi di Muar itu kata Nasruddin telah menjadikan negara gegak gempita dengan semua pihak mahu memberi reaksi.

"Malangnya tiada pembelaan wajar dari orang ramai terhadap wanita muslimah yang ingin mengamalkan tuntutan agama, tiada juga kecaman kepada mana-mana hotel yang menafikannya.

"Ia bukan sahaja memperlihatkan 'double standard', tetapi jelas mereka masih tersangkar dalam pengaruh Islamofobia meskipun mereka menafikannya," katanya tanpa menyatakan dengan jelas pihak yang dimaksudkannya itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i5Zron

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.