PRU-14 masa untuk GERAKAN bangkit: Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah masa terbaik bagi GERAKAN dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Pulau Pinang.
Beliau yang juga juga Timbalan Pengerusi BN berkata, semua calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada GERAKAN yang mewakili BN perlu menang cemerlang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, GERAKAN kecundang di Pulau Pinang selama sembilan tahun, namun tidak mustahil BN dapat merampas kembali negeri itu.
"Pemimpin GERAKAN perlu turun ke akar umbi bagi memperkuat jentera parti manakala UMNO sebagai tulang belakang BN akan membantu. PRU-14 akan diadakan tidak lebih 180 hari dari sekarang," katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN Ke-46 di Menara PGRM, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, 87 peratus perkara dalam aku janji BN yang dibuat ketika PRU-13 lalu berjaya ditunaikan dan selebihnya akan diselesaikan sebelum PRU-14.
"Ini membuktikan janji yang diumumkan BN bukan retorik, tetapi akan ditunaikan demi kepentingan rakyat," katanya.
Ahmad Zahid berkata, masanya sudah tiba bagi GERAKAN dan BN bangkit semula walaupun dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini menyaksikan BN diasak dan diuji.
Katanya, BN tidak pernah mengalah, malah berjaya memperkasakan jentera untuk menghadapi PRU-14 dengan lebih bersemangat.
Beliau juga yakin pendulum politik tanah air terutama di Pulau Pinang sudah berubah manakala PRU14 akan menjadi tempoh parti komponen BN bangkit semula.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri mahu kerajaan Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap mangsa banjir, bukan menyanggah komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membantu.
Katanya, kerajaan BN bersikap 'buta warna' dalam membantu rakyat, walaupun kerajaan Pulau Pinang mendakwa banjir bukan berpunca daripada penarahan bukit dan pembangunan tidak terancang.
Beliau berkata, komitmen Perdana Menteri turun padang ketika Pulau Pinang dilanda banjir besar minggu lalu membuktikan kepedulian dan kebertanggungjawaban Datuk Seri Najib Razak terhadap rakyat.
"Bukan semua perkara boleh dipolitikkan dan BN tidak mengambil kesempatan mempolitikkan bantuan terhadap mangsa banjir di Pulau Pinang.
"Pembangkang hanya pandai mengkritik terutama menggunakan media sosial sedangkan apa yang mereka bangkitkan tidak sebaik mereka perkatakan.
"Bila mempolitikkan sesuatu isu untuk membangkitkan kebencian rakyat, akan tiba masanya rakyat menghukum mereka.
"Kebencian yang mereka tanam bertukar cacian. Pembangkang tidak sebaik BN," katanya.
Sumber PRU-14 masa untuk GERAKAN bangkit: Ahmad Zahid
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i6l73G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment