Kecoh luar kongres
SHAH ALAM: Belum pun bermula pemilihan semula pada Kongres Khas DAP pagi ini, berlaku kekecohan di luar bangunan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) lokasi pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.
Ia berikutan beberapa individu dipercayai ahli DAP tidak berpuas hati dengan seorang bekas ahlinya yang menyuarakan perasaan tidak berpuas hati terhadap beberapa pemimpin parti termasuk Naib Pengerusi, Teresa Kok.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, seorang individu dipercayai ahli DAP dilihat memandu kenderaannya dengan laju sebelum berhenti berdekatan dengan bekas pembantu kepada Teresa Kok, Tony Tan yang ketika itu sedang mengadakan sidang media.
Lelaki itu juga dilihat turun daripada kenderaannya dan mendekati Tony lalu berlaku sedikit ketetangan sebelum ditenangkan beberapa yang lain di situ.
Terdahulu, beberapa individu mendekati Tony dan memarahinya dalam bahasa Mandarin hingga berlaku pertengkaran sebelum beredar ke tepi.
Bagaimanapun, kumpulan itu sekali lagi memarahi termasuk menghamburkan kata-kata kesat terhadap Tony sebaik beliau bercakap mengenai DAP.
Tony turut mahu perwakilan yang datang pada pemilihan semula untuk tidak memilih calon atau pemimpin yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
"Inilah parti yang boleh dipercayai. Tetapi tadi anda boleh nampak semua ahli macam gangster, nak ugut rakyat, nak ugut ahli. .
"Pemimpin seperti inikah yang anda mahu perintah negara? Ini kalilah!" katanya.
Sumber Kecoh luar kongres
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AD2hJ3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment