Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedah bagi bayaran khas RM2,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedah bagi bayaran khas RM2,000

KEDAH UMUM BAYARAN KHAS RM2,000 KEPADA PENJAWAT AWAM NEGERI

ALOR SETAR, 12 Nov (Bernama) –

KERAJAAN Negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian khas RM2,000 kepada penjawat awam negeri membabitkan peruntukan RM14 juta.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pembayaran akan dibuat dua kali iaitu RM1,000 pada Disember dan bayaran kedua menjelang Aidilfitri tahun depan.

Katanya, pemberian khas itu bagi menghargai usaha dan tugas kira-kira 6,000 penjawat awam negeri yang selama ini ‘jantung' pentadbiran kerajaan dan sentiasa menerapkan sikap wala' dan berintegriti.

"Gabungan idea, curahan tenaga mereka, serta dedikasi dalam memastikan perancangan pembangunan diupaya banyak membantu pimpinan negeri untuk berterusan merangka agenda pembangunan rakyat," katanya ketika membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ahmad Bashah turut mengumumkan mulai Januari tahun depan, kerajaan negeri akan membayar sepenuhnya bil air bagi pengguna domestik yang mempunyai penggunaan 20 meter padu ke bawah, bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin rizab kolam takungan.

“Ia memberi manfaat kepada 221,000 akaun pengguna dengan kos tanggungan kerajaan negeri untuk dibayar kepada Syarikat Air Darul Aman Berhad (SADA) secara purata berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun," katanya.

Menteri besar berkata, beberapa insentif dan bantuan turut digariskan antaranya bantuan am penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 membabitkan 4,000 penerima dengan biaya keseluruhan RM 2.5 juta.

"Kedua, bantuan segera bagi mangsa bencana seperti banjir dan bencana alam dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.

"Ketiga, Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah, seramai 30,000 pelajar Tahun 1 yang memasuki persekolahan sesi 2018 di semua sekolah rendah negeri ini diberi RM100 setiap seorang dalam bentuk simpanan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ," katanya.

Ahmad Bashah berkata insentif guru kampung dan guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) turut dinaikkan kepada RM600 seorang berbanding sebelum ini hanya RM450.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zxJxgc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.