Laga Anjing Dengan Babi Hutan?
Pihak berkuasa wilayah Jawa Barat mengharamkan pertandingan laga anjing dengan babi hutan susulan laporan media mengenai aktiviti itu dan bantahan daripada aktivis haiwan.
Reuters pada bulan lalu melaporkan, hadiah wang tunai mencecah AS$2,000 (RM8,446) diberi kepada anjing yang menang dalam pertandingan yang digelar penduduk ‘adu bagong’ atau lawan babi hutan, lapor Metro.
Pertandingan hingga haiwan berkenaan cedera atau mati itu dianggap penduduk sebagai satu sukan tradisi yang perlu dipelihara.
Bagaimanapun, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan memberitahu tidak semua tradisi adalah baik.
“Sekiranya sesuatu tradisi itu mempunyai pengaruh dan kesan buruk kepada kehidupan penduduk, ia mesti diharamkan dan dilupakan,” kata jurucakap gabenor, Ade Sukalsah.
Menurutnya, keputusan gabenor melarang aktiviti itu adalah berdasarkan undang-undang jenayah yang mengharamkan penderaan terhadap haiwan.
“Pertandingan ini mempunyai kesan negatif kepada masyarakat kerana menunjukkan kekejaman, penderaan dan keganasan terhadap haiwan,” jelasnya.
Menurutnya, pertandingan itu juga dijadikan sebagai satu bentuk perjudian.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zALEzA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment