Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM2,000 Untuk Semua Penjawat Awam Kedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM2,000 Untuk Semua Penjawat Awam Kedah




Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian khas berjumlah RM2,000 kepada penjawat awam negeri membabitkan peruntukan berjumlah RM14 juta.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada Disember ini, dan bayaran kali kedua menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Katanya pemberian khas itu bagi menghargai usaha dan tugas kira-kira 6,000 penjawat awam negeri yang selama ini berperanan selaku ‘jantung’ pentadbiran kerajaan dan sentiasa menerapkan sikap wala’ dan berintegriti.

“Gabungan idea, curahan tenaga mereka, serta dedikasi dalam memastikan perancangan pembangunan diupaya banyak membantu pimpinan negeri untuk berterusan merangka agenda pembangunan rakyat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ahmad Bashah turut mengumumkan bahawa mulai Januari tahun depan, kerajaan negeri akan membayar sepenuhnya bil air bagi pengguna domestik yang mempunyai penggunaan 20 meter kiub ke bawah, bertujuan menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin rizab di kolam takungan. – BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yunvqS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.