Hi! Welcome Back and Stay Tune! Deskripsi Tugas, Gaji & Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Deskripsi Tugas, Gaji & Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29

Deskripsi Tugas, Gaji & Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29 | Anda berminat untuk memegang jawatan di sektor awam? Anda bolehlah melayari portal SPA untuk mengemukakan permohonan anda. Untuk makluman anda terdapat kekosongan bagi Jawatan Juruaudit Negara Gred W29. Anda bolehlah mengemukakan permohonan segera (Rujuk Senarai Jawatan Kosong Juruaudit).

Sedia maklum, permohonan dan pengambilan bagi jawatan kosong Penolong Juruaudit Gred W29 akan dibuka sekiranya terdapat kekosongan di Jabatan Audit Negara Malaysia. Jika berminat anda bolehlah membuat permohonan online di laman web SPA.

Deskripsi Tugas, Gaji & Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29

Huraian di bawah adalah berkenaan dengan Deskripsi Tugas, Gaji dan Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29.


Gaji Penolong Juruaudit Gred W29

tugas gaji kelayakan penolong juruaudit w29

Untuk makluman anda, Gaji Penolong Juruaudit Gred W29 sekitar RM1,498.00 sehingga RM5,678.00 manakala kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Juruaudit Gred W29 pula berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

iii. diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau

iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).


Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Penolong Juruaudit Gred W29

Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.


Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri berkaitan Deskripsi Tugas, Gaji & Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29. Semoga ia memberikan input yang berguna kepada anda mengenai jawatan ini.

Cara Membuat Permohonan Jabatan Audit Negara Malaysia

Kepada anda yang ingin membuat permohonan Jabatan Audit Negara bolehlah berbuat demikian:

1) Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web SPA.
2) Boleh rujuk panduan pengguna yang disediakan ini (Manual PDF & Video)

Kepada anda yang akan memohon Jawatan Juruaudit Gred W29 dan W41 2017, anda bolehlah sertai channel ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan jawatan ini. Apa yang bakal dikongsikan adalah nota rujukan, format peperiksaan, contoh soalan dan tips-tips terkini.

Sertai channel ini melalui link berikut dan ajak sekali rakan-rakan anda yang terlibat dengan berkongsi link ini : http://ift.tt/2zyHnN3




✍ Sumber Pautan : ☕ Blog Azzahairi

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zzrYw4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.