Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maut motosikal terbabas ketika lari diperiksa polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maut motosikal terbabas ketika lari diperiksa polis

SEREMBAN: Seorang pemuda terbunuh, selepas motosikalnya terbabas ketika melarikan diri daripada polis di Jalan Taman Rantau berhampiran Dewan Orang Ramai Rantau dekat sini, tengah malam tadi.

Pemuda berusia 22 tahun terbabit yang sebelum kejadian dikatakan berkumpul bersama sekumpulan 'mat rempit', meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala selepas terjatuh daripada motosikalnya dalam kejadian jam 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata polis menerima aduan daripada orang awam mengenai sekumpulan penunggang motosikal berkelakuan mencurigakan di Bandar Ekar Rantau malam tadi.

"Bertindak atas maklumat itu, sekumpulan anggota polis membuat rondaan menaiki motosikal sebelum kehadiran mereka disedari kumpulan terbabit yang berpecah dan melarikan diri secara tiba-tiba.

"Seorang anggota mengejar mangsa sebelum dia terbabas dan terjatuh. Anggota terbabit cuba memberi bantuan namun mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hock Poh meminta saksi kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes itu.



Sumber Maut motosikal terbabas ketika lari diperiksa polis

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yvsoQP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.