Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Lesapkan Kutipan GST Dari Pelanggan, Masuk Poket Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Lesapkan Kutipan GST Dari Pelanggan, Masuk Poket Sendiri




Ada syarikat tempatan dikesan menggunakan taktik licik menggelapkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang perlu dibayar kepada kerajaan, antaranya mencecah ratusan ribu ringgit.

Taktik mengaburi mata penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu didedahkan beberapa setiausaha syarikat serta juru audit yang menguruskan akaun pelanggan syarikat masing-masing daripada pelbagai sektor.

Tinjauan dan maklumat sumber BH mendapati, kebanyakan syarikat yang terbabit mengambil kesempatan ke atas sistem pengurusan sendiri pengisytiharan GST menerusi dalam talian dengan memalsukan transaksi urus niaga.

Antara modus operandi (MO) yang didakwa digunakan syarikat terbabit ketika pengisytiharan GST setiap tiga bulan adalah dengan memasukkan maklumat urus niaga dan bayaran GST tipu kepada pembekal, tidak mengisytiharkan urus niaga dan kutipan GST sebenar serta menyembunyikan invois urus niaga yang dikenakan GST.

Rendahkan cukai output

Susulan itu, syarikat terbabit dapat merendahkan cukai yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan dan pada masa sama, membuat tuntutan cukai yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat, pada kadar yang lebih tinggi.

Bahkan, aktiviti berani syarikat tipu GST turut membabitkan langkah mereka membuka beberapa syarikat baharu hanya untuk mengaburi mata penguatkuasa terhadap hasil pendapatan bercukai tahunannya yang tidak melebihi RM500,000.

Strategi itu membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan sedia ada menerusi satu syarikat namun apabila kutipan pembayaran dibuat mereka akan menghantar invois daripada syarikat yang baharu dibuka terbabit.

Sumber setiausaha syarikat dan akauntan berkata, ada pelanggan yang sebelum ini membayar cukai GST mencecah RM200,000 namun baru-baru ini apabila mereka menguruskan sendiri pengisytiharan GST, jumlah yang dibayarnya hanya RM80,000.

Ini bermakna, RM120,000 yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan dalam bentuk GST, masuk kantung sendiri.

Katanya, apabila pihak setiausaha syarikat dan akauntan menutup akaun syarikat berkenaan pada akhir tahun kewangan, pihaknya mendapati wujud perbezaan besar pada penyata GST yang diisytihar pelanggan.

“Secara asasnya pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk mengisytiharkan GST atau menguruskan sendiri pengisytiharan mereka, kerana mereka anggap ia mudah diuruskan dan hanya perlu diisytihar setiap tiga bulan.

“Kami perlu mendapatkan kepastian apabila penyata akaun mereka terlalu berbeza dengan pengisytiharan GST, ada di antara mereka berpura-pura tidak mengetahuinya dan menyembunyikan maklumat sebenar.

Sengaja ubah, tak nyatakan transaksi sebenar

“Namun, apabila kami ‘korek’ lebih dalam, akhirnya mereka mengakui sengaja mengubah atau tidak menyatakan transaksi sebenar bagi merendahkan jumlah perlu diisytiharkan, menipu cukai input selain daripada sumber yang diragui.

“Setiausaha syarikat dan pengaudit bertanggung jawab memelihara integriti dan lesen akauntan bertauliah yang dimiliki, maka kami bertegas mahu isytiharkan akaun yang tepat dan benar walaupun faham pelanggan akan menerima kesannya nanti,” katanya yang turut memiliki lesen akauntan bertauliah, kepada BH dalam satu temu bual di sini.

Penyamaran BH sebagai usahawan yang ingin menubuhkan syarikat berjaya mengesan kegiatan setiausaha syarikat yang memberikan khidmat nasihat salah untuk membantu pelanggannya mengelak mendaftar GST.

Terdapat setiausaha syarikat secara terbuka menasihatkan pelanggan membuka beberapa syarikat baharu atas nama individu lain termasuk ahli keluarga supaya hasil pendapatan bercukai tahunannya tidak melebihi paras wajib daftar GST.

Difahamkan, strategi itu kini dipraktikkan beberapa penyedia perkhidmatan dan restoran yang mahu mengelak daripada mendaftar GST kerana menganggapnya lebih merugikan berbanding operasi perniagaan tanpa GST. – BH

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zDaahw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.