Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kehilangan PM Lubnan di Arab Saudi: Lubnan minta penjelasan, Amerika beri amaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kehilangan PM Lubnan di Arab Saudi: Lubnan minta penjelasan, Amerika beri amaran

Lubnan minta Arab Saudi jelaskan kehilangan PM Hariri

  | November 12, 2017
Perdana menteri itu belum pulang ke Lubnan dan khabar angin mengatakan beliau ditahan di Arab Saudi secara paksa.
BEIRUT: Presiden Lubnan semalam menggesa Arab Saudi menjelaskan mengapa Saad Hariri tidak pulang ke Beirut sejak beliau meletakkan jawatan perdana menteri secara mengejut minggu lepas.
Hariri pada 4 November lepas mengumumkan dari Riyadh melalui kenyataan di televisyen bahawa beliau akan berundur dari jawatan itu, mengemparkan politik Lubnan.
Perdana menteri itu belum pulang ke Lubnan dan khabar angin mengatakan beliau ditahan di Arab Saudi secara paksa.
Presiden Michel Aoun pada Sabtu menyeru kerajaan itu “menjelaskan sebab-sebab yang menghalang PM Hariri pulang ke Lubnan untuk bersama rakyat dan penyokongnya”.
“Kekaburan sekitar keadaan PH Saad Hariri sejak peletakan jawatan minggu kepas bermakna semua kedudukan dan tindakan yang beliau isytihar atau dikaitkan dengannya tidak mencerminkan kebenaran,” tambah Aoun.
“Sebaliknya ia kerana keadaan PM Hariri yang tidak jelas dan tertutup di Arab Saudi.”
Aoun pada Sabtu bercakap dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron tentang “perkembangan terkini” sekitar peletakan jawatan Hariri, kata pejabat presiden Lubnan dalam kenyataan. 
Ketua negara Lubnan itu belum secara rasmi menerima peletakan jawatan Hariri dan mengkritik keadaan sekitar peletakan jawatan itu sebagai “tidak boleh diterima”.
Dalam pengumuman mengejut itu, Hariri menuduh Iran dan sekutunya, Hezbollah, mengambil alih negaranya dan menyahstabilkan rantau itu, dan berkata beliau bimbangkan keselamatan dirinya.
Kenyataan itu mencetuskan kebimbangan yang Lubnan – didominasi oleh kumpulan bersaing yang diketuai Hariri dan Hezbollah – akan terperangkap dalam ketegangan antara Riyadh dan Tehran.
Kehilangan Hariri dari Lubnan mencetuskan khabar angin bahawa bekas perdana menteri itu – yang turut memiliki kerakyatan Arab Saudi – dikenakan tahanan rumah di negara itu.
“Ketua kerajaan Lubnan ditahan di Arab Saudi, dilarang pulang ke Lubnan sehingga kini,” kata pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah melalui ucapan televisyen kelmarin.
Ahli parti Hariri, Al-Moustaqbal, berkata mereka tidak mempunyai maklumat akan nasib beliau.
Menteri Luar Negeri Lubnan Gebran Bassil kelmarin mengumumkan yang beliau akan melancarkan “kempen diplomatik untuk membawa pulang ketua kerajaan kita dengan kerelaan hatinya”.
Malah kuasa-kuasa dunia merayu pihak berkenaan bertenang dan Hariri diberi kebebasan untuk bergerak.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson kelmarin menyifatkan Hariri sebagai “rakan kuat” dan memberi amaran kepada “mana-mana pihak, dalam atau di luar Lubnan, menggunakan Lubnan sebagai tempat untuk konflik proksi atau dalam apa jua cara menyumbang kepada ketidaksabilan di negara itu”.
Kelmarin, jurucakap kementerian luar negeri Perancis berkata: “Kami berharap Saad Hariri diberi kebebasan untuk bergerak dan boleh melaksanakan peranannya yang penting di Lubnan secara sepenuhnya.”
* Apa dah jadi dengan Arab Saudi di akhir-akhir ni?

Baca jugaLebanese PM Did Not Resign. Saudis Have Kidnapped Him And Forced Him To Read Statement On TV


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i6O2EN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.