Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lawak… Apabila Budak Grafik Dah Konvo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lawak… Apabila Budak Grafik Dah Konvo

SUDAH menjadi trend, foto selepas selesai majlis graduasi atau konvokesyen sama ada di tadika, sekolah atau pusat pengajian tinggi diambil dalam pelbagai cara yang unik.

Jika dahulu, foto hari bersejarah itu diambil menggunakan khidmat jurugambar yang disediakan pihak universiti, namun graduan kini tampak semakin kreatif dalam mengabadikan kenangan hari konvokesyen mereka.

Terbaharu menerusi perkongsian di laman Facebook Mynewshub, ia mencetuskan gelak tawa dalam kalangan netizen apabila gambar hari graduasi sekumpulan graduan ini yang dilihat menjulang ‘sesuatu’.

Mana taknya, kumpulan siswa dan siswi yang dipercayai daripada jurusan komputer sains/seni reka grafik ini tidak mencampakkan topi akademik, sebaliknya mencampakkan kotak kad grafik perisian komputer!

Menariknya, ramai netizen daripada golongan pelajar univiersiti cuba menjawab persoalan yang diutarakan iaitu sekiranya graduan daripada jurusan lain pula yang meniru ‘aksi’ mereka ini.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Redzuan Alang Saidin menulis; “Jangan bagitahu budak diploma perkapalan, karang jenuh nak pikul ramai-ramai nak dilambungnya… hahaha.”

Manakala Irina Khairuddin pula sempat bergurau dengan berkata; “Habis budak finance konvo nak baling duit ke nak baling menteri kewangan?😆”.

Sementara Dneylleah Rmalan pula menulis; “Wei budak mekanikal kena baling hammer ke? Shaft… Silap-silap jadi tragedi kat situ.”

Sehingga kini perkongsian yang dimuat naik pada Sabtu itu mendapat pelbagai reaksi lucu, malah menerima perkongsian hampir 200 kali daripada pengguna media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jkGrFZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.