Kung fu penyokong, Patrice Evra dibuang Marseille dan digantung 7 bulan
Patrice Evra dibuang oleh Marseille dan digantung daripada terlibat dalam sebarang aktiviti badan bola sepak Eropah, UEFA selama tujuh bulan sebagai hukuman atas insiden tendangan kung fu ke atas penyokong kelab.
Bekas bintang pertahanan Manchester United dan kapten Perancis itu juga didenda 10,000 euro (RM48,900) selepas UEFA mendapati kesalahan yang dilakukan amat serius serta memalukan.
Itu bermakna pemain berusia 36 tahun tersebut hanya boleh meneruskan kariernya pada 30 Jun 2018, dan buat masa ini dia tidak bernaung di bawah mana-mana kelab selepas disingkirkan oleh Marseille.
Presiden Marseille, Jacques-Henri Eyraud berkata, keputusan itu amat sukar untuk diambil, namun terpaksa dilakukan kerana sangat memalukan.
“Kelab terpaksa mengambil tindakan ke atas Evra atas kelakuannya dan dia juga kini tiada kena mengena dengan Marseille.
“Kepada penyokong Marseille semua, kami mohon maaf atas apa yang berlaku,” kata Henri Eyraud.
Insiden itu berlaku pada 3 November lalu sebelum sepak mula Liga Europa antara Marseille dan kelab Portugal, Victoria SC. – AGENSI
Sumber: Utusan Online
Sumber Kung fu penyokong, Patrice Evra dibuang Marseille dan digantung 7 bulan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iOUM9L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment