Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Cabut Rambut Sendiri Hingga Botak.’’Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Mengalami ‘Sindrom Trichotillomania’ Iaitu Gangguan Kawalan Impuls Yang Mana Penghidap Terasa Mahu Mencabut Rambut Sendiri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Cabut Rambut Sendiri Hingga Botak.’’Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Mengalami ‘Sindrom Trichotillomania’ Iaitu Gangguan Kawalan Impuls Yang Mana Penghidap Terasa Mahu Mencabut Rambut Sendiri..


Sayu hati seorang ibu ,Kerry Shearer, 35, tatkala melihat rambut anaknya semakin berkurangan hingga menampakkan kulit kepala yang hampir botak. Walaupun pada mulanya dia mengakui agak keberatan untuk membotakkan kepala Isla Shearer, namun demi kebaikan kanak-kanak berumur dua tahun itu, dia terpaksa akur.

A mother made the heartbreaking decision to shave off her 'beautiful blonde curls' to try and stop her two-year-old daughter from compulsively pulling out her own hair. Pictured is Isla at around 12 months old in 2016

Menurut Kerry, Isla didiagnosis dengan penyakit trichotillomania iaitu satu keadaan gangguan kawalan impuls yang mana penderita terasa mahu mencabut rambut sendiri.

Biasanya, kelakuan tersebut didorong oleh perasaan gelisah dan cemas yang keterlaluan dalam diri individu berkenaan.


Disebabkan tidak mahu Isla berterusan mencabut rambutnya sendiri, Kerry dan suaminya mengambil keputusan nekad untuk membotakkan kepala anaknya itu.

“Isla memiliki rambut yang sangat cantik. Ramai yang memuji rambut perang kerinting yang dimilikinya itu.

The hair on the left-hand side of Isla's head, pictured mid August 2017, has now grown back

“Saya berasa sangat janggal kali pertama melihatnya dalam keadaan botak.

“Bagaimanapun, saya tiada pilihan kerana itu merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada buat masa ini. Jika tidak, Isla mungkin akan berterusan menarik rambutnya,” jelas Kerry.

Housewife Kerry Shearer, of Grantham, Lincolnshire, and her assistant distribution manager husband, Gavin, 35, felt shaving her head (pictured) was the only solution

Kawalan impuls

Menurutnya, dia mula mengesan penyakit yang dihidapi Isla selepas seorang kenalan menegur mengenai perbuatan menarik rambut yang dilakukan oleh anaknya.

“Sebenarnya sejak berumur lapan bulan, saya perasan Isla begitu gemar menarik rambutnya.

“Perbuatan tersebut bagaimanapun kerap dilakukan ketika dia ingin tidur dan boleh dikatakan ia menjadi tabiat wajib Isla. Biarpun begitu, saya tidak menyangka sebarang perkara aneh atau menganggapnya sebagai penyakit. Sebaliknya, saya berasakan perbuatan tersebut sangat comel.


“Kebetulan, satu hari, saya memuat naik video Isla yang sedang menarik-narik rambut di laman sosial.

“Selang beberapa hari, seorang kenalan menghantar mesej kepada saya dan menyarankan agar memerhatikan tingkah laku Isla dengan lebih kerap. Katanya, Isla mungkin menghidap penyakit trichotillomania sama seperti anaknya,” jelas Kerry.Bermula daripada saat itu, Kerry dan suami mula memantau kelakuan Isla.

Isla when she was around 13 months old, in summer 2016. Now the tot, who is yet to receive an official diagnosis from doctors, simply tugs on her mum's hair, or pulls it out of hairbrushes instead

“Saya begitu terperanjat apabila mendapati Isla mengulangi tabiat tersebut hampir setiap jam.

“Lebih membimbangkan apabila Isla bukan sekadar menarik rambut, tetapi dia turut menggulung helaian rambut tersebut dengan jarinya sebelum memasukkan ke dalam mulut.

“Luluh hati saya apabila mengenangkan anak yang ceria ini sebenarnya menghidap penyakit gangguan kawalan impuls,” jelasnya.

Tambah Kerry, disebabkan tidak mahu perkara buruk terjadi kepada anaknya, dia mengambil keputusan untuk membotakkan kepada Isla dengan harapan tabiat tersebut dapat dihentikan secara semula jadi dengan kadar segera.


Bagaimanapun, sangkaan Kerry meleset sama sekali.Ini kerana, Isla kini menjadikan rambut Kerry dan dua anak perempuannya yang lain sebagai mangsa.

"Pada minggu pertama rambutnya dipotong, Isla kelihatan baik-baik sahaja. Sangka saya, dia sudah sembuh daripada penyakit trichotillomania yang dihidapinya itu.

“Bagaimanapun, ketika memasuki minggu kedua, dia mula menarik rambut saya dan dua orang kakaknya. Walaupun dilarang, Isla tetap tidak mengendahkan kami,” jelasnya.

Pakar pediatrik

Cerita Kerry, disebabkan tabiat tersebut tidak dapat dihentikan, dia meletakkan minyak pada rambut anaknya itu bagi menyukarkan Isla untuk menarik helaian rambutnya.

“Bagaimanapun, telahan saya sekali lagi meleset apabila Isla tetap menarik rambutnya sama seperti sebelum ini. Bagi memulihkan penyakitnya itu, saya merujuk Isla kepada pakar pediatrik,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut pakar neurologi di Kolej Perubatan South Florida, Amerika Syarikat, Dr. Heidi Moawad, trichotillomania merupakan sejenis penyakit yang berlaku disebab­kan oleh gangguan kawalan impuls.

“Keinginan untuk menarik rambut berlaku disebabkan oleh kegagalan isyarat otak berfungsi dengan baik.


“Keadaan tersebut mencetuskan rasa kegelisahan dan cemas sehingga mereka cenderung untuk menarik rambut sendiri.

“Bagi penghidap trichotillomania, menarik rambut merupakan salah satu cara untuk mewujudkan rasa lega selain melahirkan kepuasan,” jelasnya.

Penyakit tersebut bagaimanapun boleh dirawat menggunakan terapi dengan menukar tabiat buruk yang lazimnya dilakukan kepada sesuatu yang tidak berbahaya seperti melakukan aktiviti luar seperti beriadah.







✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jlCEZ9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.