Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM sasar 100 tangkapan di Johor hingga hujung tahun ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM sasar 100 tangkapan di Johor hingga hujung tahun ini

ISKANDAR PUTERI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan kira-kira 100 tangkapan rasuah dapat dilakukan oleh agensi itu di Johor sehingga penghujung tahun ini.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias berkata keyakinan itu bersandarkan kepada kepimpinan kerajaan negeri yang disifatkan sangat membantu dalam usaha agensi tersebut membanteras rasuah secara habis-habisan.

Namun begitu, beliau masih berharap agar kerajaan dan masyarakat terutamanya, meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara memandangkan ia katanya, sentiasa berlaku di mana-mana selagi terdapat peluang dan ruang.

"Sampai hujung tahun ini, saya jangka kira-kira 100 tangkapan dapat dibuat di Johor tetapi apakah itu (tangkapan) satu perkara yang menunjukkan rasuah benar-benar dapat dibanteras dalam Johor?

"Saya rasa tidak, kerana setiap pengganti kepada 100 orang ini akan membuat perkara yang sama kerana rasuah sangat berkait dengan ruang dan peluang.

"Saat kita duduk di tempat itu, maka peluang untuk lakukan rasuah adalah sangat tinggi," katanya kepada kira-kira 2,700 penjawat awam yang menghadiri Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr.Ali Hamsa di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini, hari ini.

Menurut Azmi negara tidak akan maju seperti yang diimpikan sekiranya masih terdapat ramai rakyat tempatan dan warga asing berada dalam penjara dan pusat tahanan pendatang haram.

Katanya, keadaan ini merupakan petunjuk bahawa terdapat peningkatan dalam bilangan kes mahkamah yang mungkin berkait dengan rasuah.

"Justeru, melihat perkara ini, aspirasi saya adalah kita mesti menjadikan isu rasuah musuh nombor satu dalam negara.

"Sebelum ini, kerajaan meletakkan dadah sebagai musuh nombor satu negara," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iP5zRm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.