Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kempen 5 juta tempat duduk percuma AirAsia bermula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kempen 5 juta tempat duduk percuma AirAsia bermula

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan sehingga 5 juta tempat duduk percuma dari 13 Nov 2017 hingga 19 Nov 2017 untuk perjalanan antara 7 Mei 2018 dan 31 Jan 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Nikmati tambang daripada serendah RM0 ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Yangon, Siem Reap, Krabi, Surat Thani, Chiang Mai, Lombok, Phuket, Solo, Brunei, Sihanoukville, Luang Prabang, Nha Trang dan banyak lagi. Penerbangan AirAsia (AK), kata syarikat penerbangan itu.

"Penumpang juga boleh menikmati tambang mulai RM239 dari Kuala Lumpur ke Xi'an, Hangzhou, Shanghai, Wuhan, Perth, Hokkaido dan banyak lagi, serta Jaipur yang baru dilancarkan daripada RM289 ** bagi penerbangan AirAsia X (D7) .

Penumpang yang membuat perjalanan dengan AirAsia X juga boleh menikmati kemudahan Premium Flatbed yang memenangi anugerah, pada harga tambang mulai RM699 dari Kuala Lumpur ke Taipei, Chongqing, Wuhan, Kathmandu, Delhi dan lain-lain," katanya syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli AirAsia BIG boleh menikmati akses keutamaan dan dapat membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia atau menebus penerbangan melalui aplikasi mudah alih BIG AirAsia mulai 12 Nov, 2017.

Rakan lain juga boleh mengakses promosi 24 jam lebih awal. Ahli kad Prabayar Master BIG boleh berbuat demikian di airasia.com dan menikmati Yuran Pemprosesan Sifar.

AirAsiaGo dan AirAsia Expedia boleh mengakses promosi di laman web masing-masing, manakala ahli kad kredit AirAsia-Citi akan menerima pautan keutamaan eksklusif dari bank.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iOX9JN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.