Hi! Welcome Back and Stay Tune! DISYAKI SERANG POLIS, PULUHAN WARGA CHINA DITAHAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DISYAKI SERANG POLIS, PULUHAN WARGA CHINA DITAHAN

Sejumlah 68 disyaki warga China ditahan selepas cuba menyerang polis ketika melakukan pemeriksaan terhadap premis mereka bermain judi, di Kuala Lumpur, semalam.

Insiden berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam di Jalan Abraham, berhampiran Pudu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata, insiden bermula apabila tujuh anggota polis berpakaian preman membuat pemeriksaan di tempat tinggal mereka yang dijadikan tempat untuk kegiatan itu.

“Semasa membuat pemeriksaan di rumah tersebut, (anggota) telah diserang sekumpulan 20 hingga 30 lelaki disyaki warga China.

“Keadaan tidak terkawal dan anggota telah melepaskan empat das tembakan amaran untuk mempertahankan diri. Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Anggota polis itu kemudian menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memaklumkan serangan itu, katanya lagi.

“Dipercayai sejumlah 200 pekerja warga China tinggal di kawasan tersebut,” katanya lagi.

Ketika dihubungi, Shaharuddin berkata berlaku “masalah komunikasi” antara polis dengan pekerja warga China itu.

Beliau berkata, 68 yang terlibat dibawa ke IPD Dang Wangi, namun 60 dibebaskan pagi ini selepas dokumentasi dibuat.

“Lapan lagi ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, serta Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jkBaOK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.