Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan

BELAKANGAN ini, ramai artis hallyu datang ke Malaysia mengadakan sesi bertemu peminat ataupun konsert dan kebanyakkan mereka merupakan nama besar dalam industri ini.

Untuk tahun ini sahaja, antara selebriti-selebriti yang sudah menjejakkan kaki ke Malaysia adalah EXO, Red Velvet, G-Dragon, Taeyang, Seventeen, A-Pink, BTOB, Highlight, Jessica dan banyak lagi.

Ternyata ini menunjukkan bahawa nama Malaysia semakin dikenali oleh artis di sana dan perkara ini tentunya menggembirakan peminat di sini yang dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka.

Tidak cukup dengan itu, 24 November ini sekali lagi, Malaysia bakal dihujani dengan artis-artis hallyu di Pulau Pinang terutamanya para peminat grup BAP, T-Ara, Rain, Kim Joong Kook dan Haha.

Kpop Music Wave 2017 bakal diadakan bertempat di Setia Spice Arena, Pulau Pinang, khusus buat para peminat untuk berhibur dan menyaksikan secara ‘live’ persembahan oleh selebriti-selebriti yang didatangkan khas dari Korea Selatan ini.

Tahun ini sahaja, Kim Joong Kook sudah beberapa kali datang ke Malaysia, sama seperti Haha yang sudah tiba di Malaysia dalam majlis bertemu peminat bersama ahli Running Man yang lain, April lalu.

Namun kali ini, mereka berdua membawa kapasiti sebagai penyanyi.

Sementara itu, kehadiran yang dinanti-nantikan tentunya penyanyi Rain, namanya juga sudah cukup dikenali terutamanya sejak bergelar suami kepada Kim Tae-hee dan ayah,  baru-baru ini.

Kehadiran dua grup popular Korea Selatan iaitu BAP yang muncul dengan album baru Jun lalu serta kumpulan T-Ara yang satu ketika dulu popular dengan lagu Roly Poly tentunya dapat memeriahkan suasana acara tersebut.

Dibawakan oleh Galaxy Group dan Golden Warrior, para peminat boleh mendapatkan info lebih mengenai acara ini di Facebook, kpopmusicwave.

The post Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yT7xeq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.