Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kembara Tujuh Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kembara Tujuh Hari



Suasana tenang, dihiasi kehijauan alam semula jadi, malah bunyi kicauan sang unggas amat mengujakan membuatkan aktiviti pendakian semakin mendapat tempat di hati masyarakat ketika ini. Mendaki gunung antara aktiviti lasak kerana memerlukan stamina, fizikal dan mental menguji peserta Kembara Kibaran Jalur Gemilang di Puncak Tahan 2017. 

Gunung Tahan setinggi 2,187 meter adalah antara puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia sukar ditawan kerana laluan berliku, menuntut ketahanan fizikal dan mental setiap pendaki. Mana-mana pendaki yang berjaya menawannya menjadi pencapaian membanggakan dan pengalaman paling indah kerana berpeluang menjejakkan kaki ke kawasan yang kaya dengan flora serta fauna.

Walaupun peserta kembara terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang perjalanan, sebaik tiba di puncak gunung pemandangan indah dengan suasana tenang mengubat susah payah mereka.

Aktiviti mendaki Gunung Tahan, Pahang anjuran Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kelab Sahabat Patriotik Negeri Melaka disertai 12 peserta sempena sambutan bulan kemerdekaan, baru-baru ini.

Ketua Misi Kembara Kibaran Jalur Gemilang, Saiful Adri Wizi berkata, kembara tujuh hari bermula di Putrajaya itu untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara. “Pendakian kali ini lebih bermakna kerana kami membawa 60 Jalur Gemilang untuk dikibarkan di puncak Gunung Tahan di Taman Negara, Pahang.

“Walaupun ia dilaksanakan bukan pada bulan kemerdekaan, kibaran 60 Jalur Gemilang di puncak gunung ini adalah manifestasi rasa cinta kepada negara dengan menyatakan rasa kesyukuran atas kejayaan yang dikecapi selama ini,” katanya.

Katanya, peserta yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita itu terpaksa menempuh pelbagai rintangan termasuk hujan lebat dengan kecederaan ringan beberapa peserta sehingga memaksa pendakian dihentikan sementara.

“Pendakian diteruskan keesokan pagi dengan cuaca yang baik, malah sepanjang perjalanan ke puncak peserta dapat menghayati pemandangan indah pokok bonsai sebelum selamat tiba pada hari keempat kembara.

“Awal pagi dengan suasana yang sejuk dan nyaman, kami mula mengibarkan 60 Jalur Gemilang dengan perasaan bangga. Kemudian kira-kira jam 10 pagi kami mula meninggalkan kem Puncak Gunung Tahan dan menuju ke kem Belumut untuk bermalam,” katanya.

Saiful Adri berkata, ketika bergerak turun, hujan lebat dan air sungai yang naik secara mendadak menyukarkan peserta untuk menyeberang dan terpaksa bermalam di kem Kuala Luis. “Pelbagai halangan kami tempuhi dan aktiviti ini menggambarkan falsafah pembentukan negara yang bermula dari sejarah penuh cabaran dan rintangan.

“Bagaimanapun, ketika ini kita sudah mengecap pelbagai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta Siti Huwaina Abas berkata, mendaki puncak tertinggi di Semenanjung ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan, malah lebih membanggakan apabila dapat mengibarkan Jalur Gemilang di puncak.

“Program sebegini memberi banyak ruang dan peluang untuk menimba pengalaman baru dan kibaran 60 Jalur Gemilang bersempena hari kebangsaan ini dapat menyuntik semangat patriotisme kepada diri,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i7mDT1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.