Longkang Tersumbat Punca Banjir Kilat Di Seremban
NILAI – Beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir kilat terutama di daerah Seremban pada Jumaat lepas, berpunca daripada longkang dan parit yang tersumbat hingga tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata hujan lebat yang turun selama dua jam menyebabkan banjir kilat di Seremban kerana longkang dan parit dipenuhi dengan sampah sarap sehingga menyebabkan ia tersumbat.
“Saya selalu mohon kerjasama masyarakat untuk tidak membuang sampah hingga menyebabkan longkang tersumbat dan sepatutnya, kita mengambil inisiatif membersihkannya, bukan membuang segala sampah ke dalam parit atau longkang begitu sahaja.
“Jika longkang dan parit tidak tersumbat, besar kemungkinan banjir kilat tidak akan berlaku kerana di bawah stesen kereta api Seremban, parit dan longkang semua kering cuma tersangkut dekat Jalan Lee Sam dan terminal bas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Dewan Undangan Negeri (DUN) N20, Labu di sini, hari ini.
Mohamad berkata masyarakat juga tidak boleh mengharapkan Majlis Perbandaran Seremban semata-mata atau pihak berkuasa tempatan (PBT) membersihkan longkang atau sungai kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
“Saya harap kejadian ini akan diambil berat oleh semua orang demi kebaikan bersama kerana kerajaan negeri telah berbelanja besar untuk memperbaiki sistem tebatan banjir dengan membesarkan longkang dan parit.
“Sejak 2012, tidak pernah berlaku banjir di Seremban namun kebelakangan ini bermula balik,” katanya.
Mengulas mengenai kejadian banjir kilat itu, Mohamad berkata apa yang berlaku (banjir kilat) tidaklah teruk seperti yang dilaporkan terutama yang berlaku di bawah bangunan UMNO dan perpustakaan negeri di pusat bandar Seremban yang dikatakan hingga menyebabkan 10 kereta terkandas dan rosak.
“Itu semua tidak benar, saya sudah periksa perkara ini,” katanya.
Jumaat lalu, beberapa kawasan di Seremban terjejas termasuk tingkat bawah stesen bas dan pusat beli-belah Terminal One, Jalan Tuanku Munawir, Taman Sri Pulasan, Jalan Labu, Taman Jasper dan Taman Mutiara Galla 11. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ht08La
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment