Hi! Welcome Back and Stay Tune! Astro terima Anugerah ‘Pengubah Digital di Malaysia’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Astro terima Anugerah ‘Pengubah Digital di Malaysia’

ASTRO Malaysia Holdings Berhad (Astro) diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Pengubah Digital di Malaysia’ oleh International Data Corporation (IDC) ASEAN sempena  Anugerah Transformasi Digital yang julung kali diadakan.

Anugerah Transformasi Digital ini bertujuan mengiktiraf organisasi di seluruh Asia/Pasifik yang mempamerkan kejayaan dalam usaha menerapkan transformasi digital dalam perniagaan atau operasi harian.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro akan terus mengguna pakai teknologi pembawa perubahan seperti digital, atas talian dan mudah alih untuk menyokong teras syarikat yang menjadikan pengguna sebagai keutamaan.

“Ketika ini, Astro berjaya menembusi 72 peratus isi rumah di Malaysia setelah hampir 20 tahun menawarkan perkhidmatan. Dalam usaha untuk meningkatkan peratusan penembusan ini, kami menyasarkan untuk menjadi yang terbaik dalam ruang kediaman dan individu, bukan sahaja di Malaysia, malahan di peringkat serantau.

Astro telah melancarkan beberapa jenama pengguna digital seperti aplikasi perhubungan telefon pintar (OTT), Astro GO dan Tribe; perkhidmatan e-dagang, Go Shop; portal hiburan nombor satu di Malaysia, Gempak dan peneraju laman berita digital, Awani.

Hari ini, Astro berjaya meraih hampir 7 juta pengunjung unik merentasi 40 jenama digital yang beroperasi secara aktif di laman web dan aplikasi mudah alih.

Projek transformasi digital Astro dipilih antara ratusan penyertaan yang dihantar oleh organisasi pengguna-akhir (end-user) dari pelbagai industri di Asia / Pasifik. Kemenangan ini berjaya melayakkan Astro ke pusingan akhir IDC DX Awards peringkat serantau. Kesemua pemenang dari negara yang bertanding akan dinilai menjadi yang terbaik di Asia / Pasifik.

The post Astro terima Anugerah ‘Pengubah Digital di Malaysia’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zfoPzd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.