Siti Nurhaliza disenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan berbesar hati apabila disenaraikan sebagai antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia buat kali ketiga. "Alhamdulillah kerana tahun ini saya tersenarai bagi tahun yang ketiga. Ia tentu saja penghormatan besar buat diri saya.
"Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.
"Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.
"Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua," kata Siti.
Kali pertama disenaraikan bagi edisi 2016, The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims bagi edisi terbaharu sekali lagi meletakkan nama penyanyi "Aku Bukan Malaikat" itu dalam kategori seni dan budaya.
Tambah Siti lagi, semua pengiktirafan dan kejayaan yang diraihnya adalah berkat usaha serta sokongan insan yang menyayanginya, termasuk peminat.
Penyenaraian namanya sekali lagi sebagai Muslim berpengaruh menjadi pencapaian terbaharu Siti sejak mendedahkan kehamilannya, baru-baru ini.
Sehari selepas mengumumkan hamil empat bulan, 13 Oktober lalu, Siti diumumkan sebagai pemenang kategori Duo Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura menerusi lagu Dirgahayu (duet bersama Faizal Tahir).
Pada Anugerah Silet 2017 di Jakarta, 16 Oktober, lagu duetnya bersama Cakra Khan, Seluruh Cinta, pula diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet. Ia meraih kemenangan atas kapasiti lagu tema drama Cahaya Hati yang disiarkan di Indonesia.
Sementara itu, menyentuh kehamilannya kini yang memasuki usia lima bulan, Siti bersyukur apabila dirinya diberikan kesihatan yang baik.
"Saya tidak mengidam yang bukan-bukan sangat. Alhamdulillah," katanya ringkas.
Foto: Instagram @ctdk
Sumber: Berita Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iw32ez
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Post a Comment