Hi! Welcome Back and Stay Tune! AZMIN PERLU JAGA HATI SULTAN BERBANDING MAHATHIR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AZMIN PERLU JAGA HATI SULTAN BERBANDING MAHATHIR

TANJONG KARANG – Kerajaan Selangor dicabar bertindak tegas terhadap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi Idris Shah berikutan kenyataannya yang menghina bangsa Bugis.

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mesti berani bertindak tegas terhadap Dr Mahathir demi menjaga maruah Sultan Selangor dan rakyat negeri ini.

 “Kerajaan negeri mesti peka atas atas isu kemurkaan sultan, kerajaan negeri jika berani boleh melarang Tun Mahathir untuk memberikan ceramah di Selangor, ia boleh dilakukan dengan mengeluarkan surat rasmi permintaan kerajaan negeri untuk diserah kepada polis agar permit ceramah politik beliau tidak diluluskan.

“Mohamed Azmin menjadi menteri besar selepas ia diperkenankan oleh Sultan Selangor, jadi beliau perlu lebih menjaga hati baginda sultan dari menjaga hati Dr Mahathir,” katanya ketika ditemui di program penyerahan barangan keperluan kepada kira-kira tujuh warga emas yang terlantar di Kampung Raja Musa di Bestari Jaya di sini hari ini.

Tambah Noh, beliau yakin Dr Mahathir tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan memohon maaf tas kenyataan yang dibuatnya dihimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas.

“Dr Mahathir seorang yang ego, dia tidak akan meminta maaf,” katanya.

Semalam Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais dalam kenyataanya berkata, Sultan Sharafuddin memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman klip video ucapan itu yang tular di media sosial, Sultan Selangor menyifatkan tohmahan serta kenyataan Dr Mahathir tersebut jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis kononnya berusul daripada golongan lanun.

Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan tersebut.

Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut menuntut Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka.

– Sinar harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hFEaBD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.