Kejam! Jiran Rogol Bayi Perempuan Usia 18 Bulan Di Hadapan 2 Anaknya Sebelum Dicampak Di Tepi Jalan Dalam Keadaan Berdarah Teruk..
Gambar sekadar ilustrasi |
SEORANG lelaki ditangkap selepas didakwa merogol bayi perempuan berusia 18 bulan di hadapan anaknya.
Sebelum dirogol, bayi berkenaan yang merupakan anak jirannya telah ditinggalkan di rumah suspek, supaya dia dapat bermain dengan dua anaknya yang berumur dua dan empat tahun.
Menurut polis, bayi itu telah diperkosa di kediaman satu bilik tidur di New Delhi, India, pada Rabu dan kemudian dicampak di tepi jalan dalam keadaan berdarah.
Ketua Pesuruhjaya Delhi bagi Wanita, Swati Maliwal berkata: "Bayi malang itu masih belum tahu bercakap, dia hanya terbaring di tempat kejadian.
Gambar hiasan. -fotoGetty
"Suspek, yang dilaporkan berusia 33 tahun ditangkap semalam susulan serangan yang dikatakan berlaku di kawasan Aman Vihar."
Isterinya dipercayai keluar bekerja ketika bayi terbabit dirogol, menurut First Post.Lelaki itu kini didakwa melakukan penindasan dan serangan seksual yang teruk di bawah Akta Kesalahan Seksual, Perlindungan Kanak-kanak India.
Sekiranya didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.Serangan ini hanyalah salah satu daripada kes rogol yang banyak berlaku di India pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Awal minggu ini, seorang remaja telah dipukul, diperkosa selama tiga jam oleh empat lelaki dan dirompak dalam kejadian di India tengah.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j3qaFu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment