Hi! Welcome Back and Stay Tune! JDT, KEDAH ‘BERPERANG’ DI FACEBOOK SEBELUM KE SHAH ALAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JDT, KEDAH ‘BERPERANG’ DI FACEBOOK SEBELUM KE SHAH ALAM

Menjelang saingan yang dijangka sengit di Stadium Shah Alam malam ini demam perlawanan akhir Piala Malaysia edisi tahun ini turut ‘melimpah’ ke media sosial.

Dikenali dengan kelebihan masing-masing pasukan Kedah dan JDT saling menyindir antara satu sama lain menggunakan Facebook.

JDT memang sejak lama dulu aktif memanfaatkan kemudahan media sosial untuk membuat sebarang hebahan atau kenyataan melalui akaun rasmi mereka Johor Southern Tiger.

Bagaimanapun untuk pasukan Kedah penggunaan Facebook untuk merancakkan lagi debaran kemucak Piala Malaysia bolehlah dianggap baru.

JDT dan Kedah menyampaikan mesej masing-masing dengan menggunakan lambang yang mudah difahami – harimau untuk JDT dan helang buat Kedah.

Kerancakan itu menarik perhatian ramai dan menjadi pewarna kepada kemas kini mengenai persiapan dari semasa ke semasa kedua-dua pasukan untuk pengetahuan umum.

Untuk rekod bagi musim ini Kedah sudah menjulang dua kejuaraan masing-masing Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Untuk Piala FA Kedah anak buah Nidzam Adzha Yusoff itu mengetepikan cabaran Pahang dengan jaringan 3-2, manakala Piala Sumbangsih dirangkul apabila mereka menjinakkan pasukan bimbingan Ulisses Morais 5-4 melalui tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

JDT pula berbangga dengan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya.

Untuk musim keempat berturut-turut kelab milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahi itu menjulang kejuaraan Liga Super selepas melakukannya kali pertama pada 2014.

Kedah juara bertahan

Kejuaraan menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia itu membolehkan JDT bersaing di peringkat Asia. Bagaimanapun dengan status juara Piala FA Kedah juga layak ke kejohanan berkenaan, walaupun ia bergantung kepada lesen daripada FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Kebenaran rasmi daripada FAM diperlukan ekoran perubahan peraturan oleh AFC yang mewajibkan semua pasukan yang menyertai kejohanan itu mesti mendapat lesen kelab terlebih dahulu.

Menurut laporan Bernama pertengahan Sept lalu, daripada 22 pasukan yang bersaing dalam liga Malaysia, hanya JDT mempunyai lesen kelab AFC.

Untuk rekod, Tunku Ismail ialah presiden FAM.

Sejak 1967 Kedah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak 11 kali dan daripada jumlah itu mereka muncul juara sebanyak lima kali.

Kali terakhir mereka menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun lalu selepas mengalahkan Selangor 6-5 melalui penentuan penalti.

Bagi JDT pula kelab itu menganggap mereka mencapai sasaran dengan memenangi Liga Super musimi ini.

Presiden JDT Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata keutamaan mereka ialah Liga Super dan Piala FA sebagai tiket untuk bersaing di kejohanan Piala AFC.

“Piala Malaysia ini ibarat bonus. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tidak dapat ia bukan satu keutamaan. Tetapi apa-apa kejayaan sekali pun, kami hargai,” katanya pada 26 Okt lalu.

Pada 1 Nov lalu kerajaan Johor tidak menolak kemungkinan mengumumkan esok sebagai cuti khas peristiwa jika JDT berjaya membawa pulang Piala Malaysia.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta menghargai kegigihan pasukan harimau selatan dalam usaha merangkul piala berprestij tersebut.

Johor melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu berbanding negeri lain Sabtu dan Ahad.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hbdXh5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.