Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi

KUALA LUMPUR: Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 di Puchong dekat sini pada kira-kira 2 petang hari ini.

Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbangan W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10 pagi tadi, disembahyangkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.

Sementara itu, anak Allahyarham, Muhammad Fauzi, 17, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari jenazah bapanya itu.

"Kami semua reda dengan ketentuan Allah SWT, Alhamdulilah kami syukur yang jenazah ayah akhirnya dijumpai. Ibu memang tidak putus-putus berdoa dan buat solat hajat supaya dipermudahkan urusan mencari bapa," katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya adakah dia akan meneruskan hobi ayahnya, Muhammad Fauzi berkata dia mempunyai hobi lain namun pernah mengikut bapanya mendaki di beberapa gunung.

"Sekarang saya hanya ingin tumpu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin ini," katanya.

Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand pada Jumaat lepas adalah Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang pada 20 Nov 2016.

Ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Pada 28 Nov 2016, jasad Syed Redzuan ditemukan di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang serta dikebumikan di Malaysia.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lMUSDw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.